KJ SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

April 8th, 2009 by adibanas

Oleh Mohd Adib Anas Hj. Md Noor

Para perwalkilan Persidangan Agung UMNO telah memilih Khairi Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan menolak Datuk Seri Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turut bertanding untuk kerusi yang sama. Satu keputusan yang amat mengejutkan kerana KJ sebelum ini telah diberi amaran kerana beliau mengamalkan politik wang sewaktu berkempen. Kemenangan KJ disifatkan bahawa ‘nanah dalam UMNO adalah berpunca daripada PEMUDA sendiri’.

Sewaktu ramai belia menolak UMNO dan BN, dikejutkan pula dengan kemenangan KJ. Adakah belia akan menyertai PEMUDA UMNO selepas ini? Ramai yang kecewa dengan keputusan tersebut. Banyak luahan yang telah saya baca melalui blog.

Sekali imbas, jika dibandingkan Khir Toyo dan Mukhriz dengan KJ, KJ adalah individu yang amat lantang bersuara. KJ petah berkata-kata dan berani mengusulkan perkara-perkara yang sensitif pada padangan orang Cina dan India dalam memihak kepada Melayu. Kecenderungan KJ ke arah ini lebih mempamerkan beliau sebagai ’singa Melayu’. Perlu ada ’singa Melayu’ dalam keadaan sekarang.

Dalam pandangan yang lain, KJ mirip Anwar Ibrahim. Sekiranya beliau tewas, beliau berupaya menghasut yang lain untuk tinggalkan parti. Sekiranya KJ dan Anwar bersengkol, peratusan belia yang berpihak kepada pembangkang akan lebih ketara daripada sekarang.

Untuk tempoh ini, biar KJ mentadbir belia dan PEMUDA. Lihat sejauh mana keberkesanannya. Sekiranya tempang dan rapuh, saya menganggap ’singa’ ini hanya boneka sahaja dan ’singa’ ini ada matlamat lain dalam parti.

NO. KEAHLIAN 001 : TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD KEMBALI KE GAGANG

April 8th, 2009 by adibanas

Oleh Mohd Adib Anas Hj. Md Noor

Bagai sirih pulang ke gagang, itulah ungkapan yang sesuai untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad. Setelah lebih kurang setahun meninggalkan UMNO, beliau kini kembali kepangkuan parti yang pernah diperjuangkannya dulu.

Saya menyifatkan Dr. M sebagai seorang yang ‘kering hati’. Jika beliau membuat keputusan beliau tidak akan berganjak dan berdiri dengan keputusannya biarpun ramai yang mengkritik hebat keputusannya. Sifat ‘kering hati’ perlu ada dalam setiap hati pemimpin terutamanya siapa yang bergelar Perdana Menteri. Ini kerana, PM adalah nakhoda yang bakal mengemudi kapalnya. Jika anak-anak kapal ingkar / malas dan sebagainya, mereka perlu menerima hukuman demi menjaga anak-anak kapal yang lain. Sifat ini juga dapat mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh idea lain.

Kemasukkan semula Tun ke dalam UMNO sememangnya dinantikan. Kini, Tun mengotakan janjinya. Ramai kenalan saya yang mengatakan bahawa Tun sebagai ‘muka tak malu masuk balik UMNO’ setelah beliau dengan lantang mengkritik Tun Abdullah sewaktu Tun Abdullah menjawat jawatan PM.

Saya tidak memihak kepada Tun, dan tidak pula mengkeji Abdullah. UMNO dan BN seharusnya melantik Tun sebagai Penasihat UMNO dan BN sebaik sahaja Tun melepaskan jawatan PM Ke-4. Ini kerana Dr. M mempunyai idealism baru yang bernas untuk kegunaan masa hadapan. Tun Abdullah sepatutnya berbuat demikian. Lihat apa yang telah jadi kepada UMNO dan BN setelah saban hari rakyat menolak parti ini.

Kita patut bersyukur kerana Tun Dr. M masih sihat. Sesekali terfikir, ada baiknya Tun Mahathir lepas jawatan awal. Sekiranya beliau meninggal dunia dalam jawatan, apa akan jadi pada agama, bangsa dan negara. Abdullah yang 5 tahun sebagai PM telah macam-macam jadi. Nasihat Tun tak mahu dengar, tolak Tun untuk majlis tertentu. Sekarang, kesusahan dan kepayahan bakal ditanggung oleh DS Najib.

Sekurang-kurangnya pendapat/kritikan/nasihat Dr. Mahathir diambil perhatian. Biarlah orang kata Dr. M ‘nyanyuk’ tetapi mana ada lagi negarawan yang bernas akalnya.

Pulangnya Dr. M dalam UMNO diharapkan akan membawa pembaharuan dan kegemilangan UMNO dikembalikan. Saya amat pasti bahawa Tun M akan berbuat sesuatu untuk bangsanya. Walaupun sewaktu pemerintahan Tun sebagai PM mendapat cacian dan kejian, tetapi Malaysia telah cemerlang dengan pacuan Tun.

Saya amat mengalu-alukan penyertaan semula Tun dan isteri dalam UMNO. Saya berharap agar DS Najib memberi peluang kepada Tun untuk memberi idea dan cadangan bagi memulihkan UMNO dan BN, disamping memulihkan keadaan ekonomi Malaysia.

DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK : PM KE-6

April 8th, 2009 by adibanas

Oleh Mohd Adib Anas Hj. Md Noor

Proses peralihan kuasa Tun Abdullah kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan lancar. Upacara Angkat Sumpah yang disempurnakan oleh Datuk Seri Najib dihadapan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong, dengan rasminya meletakkan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6. Konsep SATU MALAYSIA yang diperkenalkan Najib secara tidak lansung menunjukkan bahawa Najib amat peka dengan kesatuan/perpaduan kaum di Malaysia. Sewaktu pemerintahan Abdullah (Tun), kaum Cina dan India seakan menolak kerajaan BN, mereka membuat protes, Melayu-Cina-India seakan terpisah/berpecah mengikut haluan dan ideologi sendiri. Tetapi, dengan konsep SATU MALAYSIA yang diperkenalkan oleh Najib, berkemungkinan ini adalah langkah utama yang diambil Najib untuk menyatukan ketiga-tiga kaum ini dibawah satu paksi iaitu MALAYSIAN.

Datuk Seri Najib menerima jawatan sebagai PM Ke-6 dalam keadaan yang serba kekurangan. Bangsa Melayu berpecah, belia lebih memihak kepada parti pembangkang, kaum Cina dan India mengusulkan ‘yang bukan-bukan’, dan tekanan ekonomi global yang turut dirasai Malaysia. Untuk berada dalam jawatan dengan stabil, Najib perlu membuat upacara pembersihan dalaman dan luaran secara maksimum dalam usaha mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap barisan pimpinannya.

Sebagai salah seorang graduan dalam bidang ekonomi dari University of Nottingham, saya percaya Najib boleh memulihkan keadaan ekonomi Malaysia. Pengalaman sebagai ahli politik selama 30 tahun akan membuatkan Najib lebih matang dalam membuat keputusan dan menyelesaikan segala kekusutan.

Perkara utama yang perlu ditekankan oleh Najib ialah menyatukan semua kaum di bawah satu paksi. Umum ketahui bahawa majoriti kaum Cina dan India menolak BN, bahkan sejak akhir-akhir ini ramai Melayu yang menolak UMNO dan BN. Pemulihan disemua peringkat hendaklah berjalan serentak kerana Malaysia hanya mempunyai masa kurang 3 tahun untuk PRU13. Jika perkara ini tidak diutamakan, BN akan tumbang dan sejurus dengan itu ekonomi Malaysia turut akan menjunam sekiranya kerajaan pusat ditadbir parti pembangkang.

Najib telah mempamerkan perkhidmatan yang cemerlang sebagai menteri dalam bidang pendidikan, ketenteraan, sukan, kesenian dan sebagai Menteri Besar Pahang. Saya percaya bahawa Datuk Seri Najib akan dapat mentadbir Malaysia sepertimana yang pernah dilandaskan oleh Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia Ke-4. Saya juga berpendapat, dengan usia 55 tahun sebagai PM, Najib akan lebih lama berkhidmat sebagai PM.

PERALIHAN KUASA & RAMPASAN KUASA

September 12th, 2008 by adibanas

PERALIHAN KUASA & RAMPASAN KUASA

Oleh Mohd Adib Anas Md Noor

Hasrat Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohammad mahu menyertai semula UMNO amatlah dinanti. Pengumuman telah pun dibuat oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau mengadakan pertemuan dengan Yang Berbahagia Tun. Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati Yang Berbahagia Tun untuk kembali kepangkuan UMNO setelah beliau sendiri membuat pengakuan keluar dari UMNO sejak lewat Mei yang lepas.

Ekoran kritikan terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin secara tidak langsung telah membuat kenyataan bahawa peralihan kuasa yang akan dilakukan pada tahun 2010 hendaklah dipercepatkan kerana tempoh yang diberikan agak lama bagi menjalani proses pemulihan dalam UMNO dan juga BN. Kenyataan daripada pihak menteri sebagaimana yang disuarakan oleh  Tan Sri Muhyiddin Yassin sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat dan juga ahli-ahli UMNO.

Selama ini menteri-menteri teragak-agak untuk memberikan komen apatah lagi untuk mengkritik secara terang-terangan. Kini setelah kenyataan ini dibuat, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai seorang yang berani berhadapan dengan risiko kerana kelantangan beliau. YAB PM seharusnya mengambil kira soal kritikan terhadap kepimpinannya. Rakyat bukan menolak YAB PM dengan suka-suka tetapi rakyat amat prihatin terhadap masa depan Malaysia. YAB PM berjaya untuk penggal pertama menjadi PM, tetapi terdapat rekahan yang agak mendadak pada penggal kedua. Ini bukan soal ‘gila kuasa’ para menteri yang berkebolehan untuk naik ke atas, tetapi untuk mengelakan daripada perkara-perkara berbangkit terus menerus menyelubungi fikiran rakyat yang masih tiada noktah.  Peralihan kuasa secara aman dan dipersetujui oleh semua pihak amat elok dipercepatkan, disamping pemulihan segala kelemahan dapat diatasi dengan cara yang profesional.

Saya masih tidak faham kenapa rakyat sekarang terutamanya ahli UMNO-BN sudah tidak berminat dengan parti ini. UMNO bukan parti lapok atau outdated tetapi UMNO adalah parti untuk bangsa Melayu di mana segala hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam akan sentiasa dipertahankan untuk selama-lamanya. Bukan soal sudah muak dengan parti yang hanya merujuk kepada satu kaum, perkara ini hanya mainan politik Pakatan Rakyat dalam usaha membolehkan Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya. Sedar atau tidak, PAS dan PKR adalah parti serpihan yang ditubuhkan oleh anggota atau ahli yang pernah menganggotai UMNO suatu ketika dahulu. Mereka adalah orang-orang yang kecewa kerana gagal memperoleh tempat atau jawatan yang diingini lalu menubuhkan parti bagi menunjukkan rasa protes.

Berkenaan dengan 16 September 2008 sebagaimana yang dicanang oleh Anwar Ibrahim sebagai tarikh di mana Pakatan Rakyat (PR) menuju ke Putrajaya, bagi saya ianya adalah satu dogengan politik bagi meraih simpati majoriti rakyat yang lain untuk beroleh kepercayaan, kemenangan dan menunjuk kekuasaan.  Sehingga sekarang tidak ada Ahli Parlimen BN melompat parti. Kronologi PR dalam merampas kuasa sedia ada juga tidak terjadi. Malahan kini, telah keluar kenyataan daripada pemimpin PR yang menyatakan bahawa misi 16 September mungkin akan lewat sedikit ekoran daripada Ahli-Ahli Parlimen BN sedang mengikuti lawatan sambil belajar di luar negara. Pada saya, ini semua adalah tipu dan helah semata-mata. Apabila keriakkan menguasai diri maka inilah yang berlaku. Rakyat ditipu hidup-hidup oleh golongan yang sentiasa ‘gila kuasa’. Sekiranya apa yang dicanangkan ini benar-benar terjadi, saya tidak mengklasifikasikannya sebagai peralihan kuasa kepada kerajaan baru tetapi saya mengklasifikasikan perkara ini sebagai ‘rampasan kuasa’ yang sememangnya tidak adil untuk semua rakyat Malaysia. Seandainya berlaku, situasi ini saya ibaratkan kerajaan baru impian PR ini sebagai ‘lanun’ atau ‘mafia’ yang merampas hak kesemua rakyat Malaysia yang majorotinya telah menyokong BN sebagai kerajaan pimpinan untuk semua. Sekiranya perkara ini berlaku, sudah pasti PR akan memperalatkan pemimpin-pemimpin BN dengan sogokan wang yang berjuta-juta. Persoalannya dari mana sumber kewangan itu diperolehi oleh PR? PR mendakwa kerajaan sekarang kerajaan yang penuh dengan rasuah, tetapi perbuatan membida ini bukankah sama seperti rasuah?

Malaysia adalah negara yang mempunyai Rang Undang-undang yang kukuh selama ini. Sekiranya benar, perkara sebegini hanya akan wujud setelah pilihanraya yang sah diadakan di seluruh negara. Bukan dengan cara merampas, tetapi dengan cara yang lebih hormat atas dasar kepercayaan.

Bagi isu perkauman yang timbul sejak akhir-akhir ini, saya melihat bahawa isu ini adalah mainan sesetengah pihak sewaktu berkempen dan liputan yang songsang dimain pula oleh media untuk mencetuskan kontroversi disamping menarik pelanggan untuk membeli tulisan yang dicetak itu. Sebelum ini, jarang sekali isu-isu perkauman dimainkan oleh pihak-pihak tertentu. Cuma apabila seseorang itu ‘gila kuasa’ maka semua isu ini diangkat secara besar-besaran dan menyebabkan perpecahan sesama kaum dan juga parti.

BN telah memimpin Malaysia pada tahap di mana kita berada. Harga petrol dan barangan bukanlah isunya. Perkembangan ekonomi dari masa ke semasa memberi impak terhadap kenaikan ini. Jika tidak berlaku sekarang, mungkin satu tahun, dua tahun, sepuluh tahun atau 20 tahun akan datang tetap akan berlaku perubahan ini. Harga petrol dan barangan 20 tahun dulu tidak akan sama dengan hari ini. Harga pada hari ini pula tidak akan sama dengan 10 tahun atau 20 tahun akan datang. Semuanya akan berubah dari masa ke semasa mengikut peredaran masa. Segala kenaikan harga ini bukan penyebab atau punca kepada perbalahan antara kaum. Punca yang sebenarnya ialah apabila seseorang ‘gila kuasa’ maka segala-gala hak hendak dikongsi bersama walaupun perjanjian antara kaum telah termaktub lagi sejak negara hendak mencapai kemerdekaan.  Kaum mana selain bangsa Melayu yang tidak mahu akan hak kesamarataan, mereka sudah pasti mahukan hak ini dikongsi. PKR hanya ‘gula-gulakan’ isu ini kerana mahu menarik sokongan. Percayalah ramai yang akan terpedaya dan ditipu dengan isu-isu sebegini. Malahan perkara mengenai isu perkauman ini akan jadi lebih buruk dari apa yang kita hadapi kini.

Segala apa yang berlaku tetap ada hikmahnya kepada semua. Ada positif dan negatifnya terhadap segala kejadian. Dan setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga masalah yang dihadapi oleh UMNO-BN, semuanya akan ditangani dengan lebih berhemah dan memuaskan hati semua pihak. Cuma kepada yang masih tidak puas hati dan ‘gila kuasa’ sahaja yang akan terus menerus memecah belahkan perpaduan yang kita kecapi selama ini. Harap golongan cerdik pandai dapat menganalisa bagi mendapatkan hasil bukannya dengan merosakkan hasil dalam mencapai matlamat yang belum pasti. Fikirlah mengenai agama, bangsa dan negara dan bukannya soal peribadi yang hanya menguntungkan individu tertentu, yang mana individu itu sentiasa mempunyai perasaan dendam dan mahu melihat rakyat sesama agama dan bangsa bertelagah bagi mencapai impian yang belum pasti. He is not a God to creat everything.

Alfred Hicthcock : Bapa Filem Seram

September 3rd, 2008 by adibanas

<!–
/* Style Definitions */
p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal
{mso-style-parent:"";
margin:0in;
margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:"Times New Roman";
mso-fareast-font-family:"Times New Roman";}
h1
{mso-style-next:Normal;
margin:0in;
margin-bottom:.0001pt;
line-height:200%;
mso-pagination:widow-orphan;
page-break-after:avoid;
mso-outline-level:1;
font-size:12.0pt;
mso-bidi-font-size:10.0pt;
font-family:Arial;
mso-bidi-font-family:"Times New Roman";
mso-font-kerning:0pt;
mso-ansi-language:MS;
font-weight:normal;
font-style:italic;
mso-bidi-font-style:normal;}
h2
{mso-style-next:Normal;
margin:0in;
margin-bottom:.0001pt;
text-align:justify;
line-height:200%;
mso-pagination:widow-orphan;
page-break-after:avoid;
mso-outline-level:2;
font-size:12.0pt;
mso-bidi-font-size:10.0pt;
font-family:Arial;
mso-bidi-font-family:"Times New Roman";
mso-ansi-language:MS;
font-weight:normal;}
p.MsoTitle, li.MsoTitle, div.MsoTitle
{margin:0in;
margin-bottom:.0001pt;
text-align:center;
line-height:200%;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:12.0pt;
mso-bidi-font-size:10.0pt;
font-family:Arial;
mso-fareast-font-family:"Times New Roman";
mso-bidi-font-family:"Times New Roman";
mso-ansi-language:MS;
font-weight:bold;
mso-bidi-font-weight:normal;}
p
{margin-top:5.0pt;
margin-right:0in;
margin-bottom:5.0pt;
margin-left:0in;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:12.0pt;
mso-bidi-font-size:10.0pt;
font-family:"Times New Roman";
mso-fareast-font-family:"Times New Roman";}
p.libliterature, li.libliterature, div.libliterature
{mso-style-name:libliterature;
margin-top:5.25pt;
margin-right:0in;
margin-bottom:0in;
margin-left:0in;
margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:12.0pt;
mso-bidi-font-size:10.0pt;
font-family:"Times New Roman";
mso-fareast-font-family:"Times New Roman";}
@page Section1
{size:8.5in 11.0in;
margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in;
mso-header-margin:.5in;
mso-footer-margin:.5in;
mso-paper-source:0;}
div.Section1
{page:Section1;}
–>

Alfred Hicthcock : Bapa Filem Seram


Oleh : Mohd Adib Anas Md Noor

Pengenalan

 

Latar belakang Alfred Hicthcock : Bapa Filem Seram

 

Drama is life with the dull bits left out.

 Alfred Hicthcock

 

Bapa filem seram, Alfred Hicthcock
dilahirkan dalam sebuah keluarga Katolik Kristian di Cockney, London pada 13
Ogos 1899. Nama sebenar Hicthcock ialah Alfred Joseph Hicthcock. Hicthcock
ialah anak bongsu pasangan William dan Emma Hicthcock. Beliau mempunyai
adik-beradik yang bernama William dan Ellen Kathleen. Mereka dibesarkan di
Leytonstone, Timur London. Bapa Hicthcok
meninggal dunia ketika usia Hicthcock 14 tahun. Beliau mendapat pendidikan awal
di Jesuits’ St. Ignatius College
sebelum menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di University of London. Hicthcock dikatakan sebagai seorang pelajar
yang suka membaca, rajin ke kelas disamping mengambil bahagian dalam drama
pentas (teater) dan skrin. Beliau merupakan seorang yang suka menulis dan
membuat lakaran lukisan. Hicthcock mempunyai cita-cita tinggi. Daripada
melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan sebagai kerjaya pertama, Hicthcock
beralih angin ke syarikat pengiklanan dan bertugas sebagai pelukis.

Beliau kemudiannya memohon kerja sebagai production design di Famous
Players-Lasky
setelah terbaca akan iklan kerja kosong untuk studio yang
baru di buka pada tahun 1920. Permohonannya diterima dan di sinilah bermulanya
kerjaya Hicthcock sebagai pembikin filem sehingga umurnya mencecah usia 80
tahun. Sebelum bergelar pengarah filem pada tahun 1925, Hicthcock merupakan
penolong pengarah ebih daripada tiga tahun. Sewaktu bergelar pengarah,
Hicthcock tidak hanya tumpukan terhadap bidang pengarahan sahaja, malahan
beliau juga memberi penumpuan dan penekanan serta mempelajari setiap aspek
perniagaan filem (film business).
Beliau juga pernah berkerja di German atas arahan syarikat produksi British dia
antara tahun 1923 hingga 1925. Pada waktu ini, Hicthcock sudah pun menekan
aspek penggayaan visual secara ekspresi (expressionic)
dengan melibatkan pengarah-pengarah filem lain seperti Ernst Lubitsch, F.W
Murnau dan Fritz Lang. Ketiga-tiga pengarah ini sama seperti Alfred Hicthcock
yang meninggalkan negara sendiri untuk berkerja di Amerika Syarikat. Penggayaan
visual secara ekspresi (expressionistic)
yang diperkenalkan oleh mereka dikatakan sebagai pemangkin terhadap kemajuan
industri filem dunia. 

 Menyentuh
soal rumahtangga Alfred Hicthcock, beliau mempunyai isteri yang bernama Alma
Reville iaitu seorang penyunting filem dan penulis skrip yang disanjungi.
Beliau bertemu dengan Reville pada tahun 1921 dan menjalinkan ikatan pertunangan
sebelum berkahwin pada Disember 1926. Mereka mempunyai seorang anak perempuan,
Patricia, yang dikurniakan kepada mereka pada tahun 1928. Perkahwinan antara
Hicthcock dan Reville bertahan sehingga Hictcock meninggal dunia pada 29 April
1980 di Los Angelas. Hicthcock mendapat kerakyatan warganegara Amerika Syarikat
pada tahun 1955 sewaktu berhijrah ke sana setelah Perang Dunia II meletus di
Eropah. Hicthcock dan Reville juga pernah bergabung dalam menghasilkan filem Shadow of a Doubt. Anak mereka Patricia
berlakon dalam filem ini dan juga ada memegang watak sampingan dalam filem Psycho dan Starangers of a Train.

 

Permulaan Sebagai Pengarah

 

Hicthcock bergelar pengarah filem setelah mengarah filem pertama arahannya
yang berjudul The Pleasure Garden pada
tahun 1925 dan filem kedua yang
berjudul The Lodger pada tahun 1926. Filem The Lodger (1926) merupakan kejayaan awal kariernya sebagai
pengarah filem di England. Beliau juga adalah pengarah filem yang paling
berjaya dan mendapat bayaran tertinggi di England. Sewaktu Perang Dunia II
meletus, Hicthcock meninggalkan England dan berhijrah ke Amerika Syarikat.
Filem pertama arahannya di Amerika ialah Rebecca
(1940). Rebecca (1940) menang
Anugerah Oskar (honourary Oscars) tetapi
Hicthcock tidak berjaya menggondol Anugerah Pengarah Terbaik.

Di antara tahun 1950 hingga 1960, empat filem yang dianggap terhebat (masterpieces)
daripada Hitchcock terhasil. Antaranya ialah Rear Window, Vertigo, North by Northwest dan Psycho. Filem Psycho
arahan Hicthcock mendapat kritikan hebat oleh para pengkritik pada waktu itu
kerana dikatakan membawa keganasan ke layar perak. Pada tahun 1955, setelah
mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat, Hitchcock melancarkan Alfred Hitchcock Presents, iaitu sebuah
rancangan televisyen yang popular. Dari tahun 1955 sehingga 1962, terdapat 20
produksi televisyen yang diarahkan oleh Hitchcock. Produksi yang paling berjaya
ialah Alfred Hitchcock Presents, di
mana Hitchcock juga bertindak sebagai hos. Alfred
Hitchcock Presents
telah meletakkan Hitchcock daripada seorang pengarah
filem dan selebriti kepada seorang ikon. Sepanjang melibatkan diri dalam
industri perfileman, Hitchcock bukan sahaja melibatkan dirinya dalam bidang
pengarahan filem sahaja, tetapi beliau juga merupakan seorang penulis skrip dan
produser. Hitchcock mengabdikan dirinya sebagai seorang penulis skrip, produser
dan pengarah filem sehingga tahun 1979. Antara filem-filem terbaik beliau yang
lain ialah The Birds, Marnie dan  Family Plot.

 

Filem-filem Arahan Alfred Hitchcock

 

Alfred Hitchcock memulakan kerjayanya sebagai pengarah filem apabila beliau
mula mengarah filem pertamanya iaitu The
Pleasure Garden
(1925). Filem keduanya ialah The Lodger : A Story of The London Fog (1927), diikuti dengan Blackmail (1929) dan Murder (1930). Kedua-dua filem ini
Hitchcock juga bertindak sebagai punulis skrip. Beliau seterusnya mengarah
filem The Man Who Knew Too Much
(1934), The 39 Steps (1935), Sabotage (1936), The Lady Vanishes (1938), Rebecca
(1940), dan Shadow of The Doubt
(1943).

Kemudian, bermula tahun 1946 hingga 1976, Alfred Hitchcock mula memegang
dua peranan penting dalam pembikinan filem iaitu sebagai pengarah filem dan
produser. Notorious (1946) adalah
filem pertama Hitchcock sebagai pengarah dan producer. Diikuti dengan Stranger On The Train (1951), Rear Wndow (1954), The Man Who Knew Too Much (1956), Vertigo (1958), dan North By Northwest (1959). Pada tahun yang berikutnya, filem yang
dianggap paling berhantu di dunia diarah dan diterbitkan oleh Hitchcock iaitu Psycho (1960). Selepas Psycho
(1960), diikuti dengan The Birds (1963), Marnie (1964), Torn Curtain (1966), Frenzy (1972) dan Family Plot (1976).

Selama mengarah dan menerbitkan filem, Alfred Hitchcock berkhidmat dengan
pelbagai studio filem di London mahupun Amerika Syarikat. Di London, antara
studio-studio filem yang pernah Hitchcock berkhidmat ialah Studio Gainesborough, British International dan Gaumont British. Manakala di Hollywood pula, Hitchcock pernah berkhidmat dengan
Studio Selznick, Universal, Warner
Brothers, RKO Radio, First National, Paramount,
dan MGM. Studio-studio yang digunakan oleh Hitchcock sewaktu bergelar
penerbit dan pengarah filem ialah Studio RKO
Radio, Warner Brothers, First National, Paramount, MGM,
dan Studio Universal.

 

Hitchcock Sebagai Ikutan

 

Pada awal tahun 1960an, Alfred Hitchcock telah menghasilkan dua buah filem horror yang dianggap sebagai perintis
dan ikutan kepada pengarah-pengarah filem lain untuk mengolah filem horror mereka mengikut cara atau teori Hitchcock. Filem-filem horror Hicthcock yang menjadi kebanggaan
dunia ialah Psycho (1960) dan The Birds (1963), walaupun pada awal
tayangannya filem-filem ini mendapat kritikan yang dahsyat daripada
pengkritik-pengkritik filem pada era itu. Filem horror  merupakan filem yang
menjadi kesukaan ramai pada awal tahun 1960 hingga awal tahun 1970, dan menarik
perhatian pembikin-pembikin filem untuk mengarah filem-filem genre horror (http://members.aol.com/MG4273/hitch.htm). Pada era ini, pengarah filem
seperti Peter Bogdanovich, William Castle, Roger Corman, Curtis Harrington,
Seth Holt, Robert Aldrich dan Roman Polanski telah mengarah filem horror. Filem What Happened to Baby Jane (1962) dan Hush, Hush, Sweet Charlotte (1964) arahan Robert Aldrich serta
filem The Power (1967) oleh Byron
Haskin adalah contoh filem yang menggunakan teknik, teori atau pendekatan
Hitchcock.

Alfred Hitchcock digelar sebagai ‘Bapa Filem Seram’ kerana beliau dengan
beraninya memvisualkan babak-babak keganasan dan ngeri di layar perak.
Hitchcocklah yang merupakan pelopor terhadap keganasan dan unsur ngeri pertama
di layar perak sehingga mendapat kritikan hebat daripada para pengkritik pada
era itu sebelum filem Psycho (1960)
arahannya dikatakan sebagai filem horror
unggul. Akibat daripada keterbukaan yang dibuat oleh Hitchcock, maka penerbit
dan pengarah filem lain mula berani untuk menerbitkan filem-filem yang berunsur
ganas dan ngeri seperti The Godfather (1972)
dan Deliverance (1972).

Adapun pengarah yang cuba mengarah filem Psycho yang asal mengikut kehendak semasa dengan dibintangi
pelakon-pelakon terkini dan teknik pemvisuallan yang canggih tetapi ianya tidak
berjaya seperti mana filem Psycho (1960)
arahan Alfred Hitchcock. Psycho Hitchcock
masih terbaik walaupun ada pihak yang ingin mencuba untuk membuat perubahan
terhadap filem tersebut.

 Hictchcock adalah seorang pembikin
filem yang cuba mempertengahkan unsur dramatik dalam isu psychopatic dan
expressionisme.
Semuanya diolah bagi mendapat kesan emosi terhadap
penonton. Hitchcock dalam Braudy (1968) menyatakan bahawa :

“The
construction of the story and the way in which it was told caused audiences all
over the world react and become emotional.” 

 

Tujuan Hitchcock berbuat begitu kerana
beliau ingin memusnahkan jurang yang mengasingkan filem dengan penonton. jadi,
dengan teknik ini penonton atau pengikut Hitchcock akan lebih menjiwai
naratif yang dipersembahakan oleh
Hitchcock kepada mereka. Hitchcock juga mempercayai bahawa unsur tingkahlaku
psikologi akan membawa kebenaran yang mutlak untuk filem-filemnya.

 

Kesimpulan

 

 Hitchcock (BrainyQuote.com,2004) dalam
Ibrahim Jamaluddin menyatakan bahawa :

 “In feature films the director is God…”

Mungkin inilah falsafah Hitchcock dalam
menghasilkan filem-filemnya. Filem adalah medium komunikasi. Jadi, Hitchcock
cuba untuk berkomunikasi dengan penontonnya dengan menunjukkan kebenaran
keganasan dan unsur ngeri di dalam filem-filem arahannya supaya penonton dapat
menghargai kelakuan atau sifat yang dikurniakan.

 Stanton
Peele (http://www.peele.net/lib/hitch.html, 1986) menyatakan bahawa Alfred
Hitchcock merupakan seorang yang berdisiplin, berkerja keras dan mempunyai jiwa
untuk penonton atau pengikutnya supaya mereka memahami dengan apa yang beliau
visualkan. Walaupun sudah melebihi enam dekad yang berbeza, filem-filem Hitchcock
sehingga kini masih diterima untuk tontonan dan juga kajian. Lebih-lebih lagi
filem-filemnya yang dianggap masterpieces
seperti Rear Window (1954), Vertigo (1958), North By Northwest (1959) dan Psycho
(1960).

 Alfred
Hitchcock adalah tokoh terkemuka dalam penghasilan filem-filem horror. Jadi tidak hairanlah sekiranya
ada filem-filem horror yang
dihasilkan oleh pengarah-pengarah filem sekarang yang mempunyai teknik atau
gaya persembahan yang sama seperti Hitchcock. Ini kerana Hitchcock sentiasa
berada dalam bayangan mereka dan ‘Bapa Filem Seram’ inilah merupakan idola
mereka dalam penghasilan cerita-cerita horror.

Rujukan

 

Braudy, L. (1968). "Hitchcock, Truffaut, and the
irresponsible audience." Film

 Quarterly, 21, 21-27.

http://members.aol.com/MG4273/ihitch.html

http://www.mysterynet.com/hitchcock/bio.shtml

http://www.peele.net/lib/hitch.html

Ibrahim Jamaluddin. (2004). Persoalan Ontologi dan Epistemologi dalam
Teks

 Dokumentari. Jurnal Skrin Malaysia Fakulti Seni
Persembahan.
Shah

 Alam : Pusat Penerbitan
Universiti (UPENA), UiTM.

 

 

Teknik CGI Dalam Filem Cicakman (2006)

September 3rd, 2008 by adibanas

&lt;!–
/* Style Definitions */
p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal
{mso-style-parent:&quot;&quot;;
margin:0in;
margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:12.0pt;
font-family:&quot;Times New Roman&quot;;
mso-fareast-font-family:&quot;Times New Roman&quot;;}
p.MsoFooter, li.MsoFooter, div.MsoFooter
{margin:0in;
margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
tab-stops:center 3.0in right 6.0in;
font-size:12.0pt;
font-family:&quot;Times New Roman&quot;;
mso-fareast-font-family:&quot;Times New Roman&quot;;}
@page Section1
{size:8.5in 11.0in;
margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in;
mso-header-margin:.5in;
mso-footer-margin:.5in;
mso-paper-source:0;}
div.Section1
{page:Section1;}
–&gt;

Teknik CGI Dalam Filem Cicakman (2006)

Oleh : Mohd Adib Anas Hj. Md Noor

 

Pengarah filem sci-fi selepas zaman kegemilangan Aziz
M. Osman ialah Yusry Abd. Halim atau lebih popular dikenali sebagai Yusry KRU. Selepas
popular sebagai penyanyi (berkumpulan dan solo) dan pelakon filem, Yusry KRU
membuat kejutan dengan mengarah filem sulung yang berjudul Cicakman (2006) dengan kos pembikinan RM 2 juta. Cicakman (2006) merupakan filem pertama di
Malaysia yang menggunakan teknik CGI hampir 90% sewaktu pembikinannya.

Teknik CGI telah diperkenalkan melalui filem Westworld (2D CGI) pada tahun 1973, dan
filem Futureworld (1976) yang
merupakan sekuel kepada Westworld
(1973) merupakan filem pertama yang mengunakan kesan 3D CGI, seterusnya diikuti
dengan filem Star Wars (1977)
(www.wikipedia.com). Berdasarkan kepada sejarah CGI, CGI telah berkembang di
Hollywood sejak 33 tahun dahulu. Di Malaysia, aplikasi teknik CGI terhadap
filem pertama kalinya diperkenalkan melalui filem Cicakman (2006). Yusry KRU telah menggunakan kelangkapan canggih
termasuk perisian Maya dan 3D-Max (Roslen Fadzil, 24 September
2004).

Secara ringkasnya, filem Cicakman
(2006) arahan Yusry KRU mengisahkan seorang pemuda bernama Hairi (lakonan
Saiful Apek) yang bekerja di makmal Profesor Klon. Hairi memiliki kuasa cicak
yang boleh melekat pada dinding, menggunakan lidah seperti lidah cicak dan
apabila luka, lukanya cepat sembuh selepas Hairi meminum minuman dan tertelan
cicak yang jatuh ke dalam minumannya tanpa dia menyedari insiden itu. Seperti Superhero yang lain, Cicakman juga mempunyai kelemahan
apabila berhadapan dengan gelang getah. Filem Cicakman (2006) akan menemui penonton pada 7 Disember 2006 dengan
barisan pelakon popular seperti Saiful Apek (Hairi/Cicakman), Fasha Sandha (Tania), Yusry KRU (Danny), Aznil Hj.
Nawawi (Profesor Klon), AC Mizal dan Adlin Aman Ramli (Mutan Profesor Klon)
serta ramai lagi. Cicakman (2006)
adalah sebuah filem aksi komedi superhero
yang diterbitkan oleh KRU Film Sdn.
Bhd. disamping Johan Lucas yang bertindak sebagai penerbit dan Norman KRU
sebagai penerbit eksekutif.

Berbalik kepada CGI, CGI adalah singkatan daripada Computer-Generated Images (CGI)
sebagaimana yang direka dan diperkenalkan oleh dua graduan University of Utah iaitu Edwin Catmull dan Fred Park. Mereka adalah
karyawan yang bertanggungjawab disebalik tabir pembikinan filem Westworld (1973) dan Futureworld (1976) (www.wikipedia.com).
CGI diguna atau dipraktikan dalam pembikinan filem, program televisyen,
pengiklanan dan percetakan, animasi serta permainan video, juga ilustrasi
kejuruteraan dan penggambaran saintifik.

Computer-Generated Images atau
CGI adalah merupakan satu penerapan dalam bidang computer graphics (3D computer
graphics
) untuk menghasilkan kesan-kesan khas melalui penggunaan teknologi
komputer. Aplikasi teknik CGI digunakan untuk memberi kesan khas kerana
ketinggian kualitinya dan penggunaan kesan khas itu dapat dikawal dari segi
penggunaannya. Grafik komputer 3D ini juga adalah salah satu bidang kajian
dalam bidang grafik komputer yang memanipulasikan model-model berangka atau
objek tiga dimensi melalui komputer dengan teknik mencipta objek dan
kemudiannya objek itu boleh diubahsuai dan digerakan. Istilah grafik komputer
3D juga digunakan bagi merujuk kepada imej-imej yang dihasilkan melalui
model-model tersebut. Teknik atau kaedah perisian CGI juga menggunakan alat
pengecatan komputer yang standart untuk
mengecat bebingkai-bebingkai tunggal sebelum ianya digabungkan dan disimpan
dalam output berbentuk video (www.wikipedia.com).

Merujuk kepada filem Cicakman
(2006) arahan Yusry KRU, objek-objek yang direka dan digerakan melalui
perisian atau teknik ini jelas dipertontonkan sewaktu babak superhero (merujuk kepada Cicakman) menjelir lidah dengan panjang
sewaktu dalam tahanan Profesor Klon dalam bilik getah. Begitu juga dengan objek
kipas yang menyedut salah seorang Mutan Profesor Klon sewaktu babak di mana superhero bergelut dengan Profesor Klon
dan Mutan Profesor Klon.

Transisi dan kesan-kesan khas yang lain seperti morphing digunakan bagi pengubahsuaian
imej-imej video yang sedia ada. Sebagai contoh, dalam filem Cicakman (2006) lokasi yang sebenar
tetap digunakan melalui babak di mana sebuah lori terbalik. Lori berkenaan
tidak wujud sewaktu penggambaran. Tetapi setelah teknik chromakey diaplikasikan melalui penggunaan green screen sewaktu penggambaran, objek lori yang direka dapat
ditampal pada video berkenaan dan dilihat seolah-olah lori itu benar-benar
kemalangan. Begitu juga dengan bangunan-bangunan yang terdapat di Putarajaya,
visual bangunan diambil dan visual itu kemudiannya diubahsuai untuk
menampakkannya seperti sebuah kota masa depan sepertimana yang Yusry KRU
gambarkan untuk bandar Metrofulus melalui filem ini dengan mempunyai landasan
keretapi ditengah-tengah bandar. Sama juga dengan shot sewaktu Hairi duduk di atas sebuah bangunan dengan
memperlihatkan suasana Kota Metrofulus di waktu malam. Penggunaan green screen digunakan sebagai latar
untuk babak ini yang dibuat di dalam studio.   

Sama juga seperti set di mana pekerja-pekerja makmal
lalu-lalang, pengubahsuaian set secara grafik direka dan diaplikasikan ke atas lokasi atau imej sedia
ada bagi menampakkannya seolah-olah set itu dibina. Ketika saya bertanyakan
soalan kepada Yusri KRU berkenaan pergerakan pelakon dalam ruang set bagi
membolehkan teknik CGI diaplikasi dan diguna pakai sewaktu Wacana The Making Of dan Tayangan Promosi Filem Cicakman yang berlangsung di Dewan Sri
Budiman, UiTM (18 September 2006), Yusri KRU menjawab dengan menyatakan bahawa
ruang set berkenaan di tanda dan para pelakon yang berada di dalam ruang likup
set itu diberi penjelasan dan taklimat mengenai tanda yang akan mewakili objek
yang akan direka melalui kesan khas komputer grafik bagi membolehkan pelakon
dapat berimaginasi seolah-olah objek berkenaan wujud ketika itu, walhal sewaktu
pembikinannya tiada objek diletakkan di set berkenaan. Kawasan set yang ditanda
kemudiannya akan direka secara grafik melalui teknik CGI sewaktu proses pasca
produksi. Mood pelakon hendaklah real
bagi membolehkan objek yang direka kelihatan benar-benar wujud apabila
ditonton.

Penggunaan storyboard
adalah penting untuk filem-filem yang menggunakan teknik CGI kerana storyboard digunakan sebagai rujukan
secara detail melalui pengaplikasian
ini.

Konsep komputer animasi 3D juga diaplikasikan melalui filem Cicakman (2006) dengan paparan montaj
animasi 3D, komik Cicakman pada
pembukaan filem ini. Tekniknya ialah dengan ciptaan karikatur komik yang boleh
diubahsuai dan digerakkan seterusnya animasi 3D yang lengkap terhasil.

Untuk pengaplikasian teknik CGI dalam filem, format video yang
digunakan ialah high definition (HD) video. Pete Shaner dan Gerald Everett
Jones (2005) menyatakan bahawa :

The video format nearly like 35mm (theatrical film is
high definition (HD) video, which has four times as much detail as DV. There’s
little doubt that, for its economy and high image quality, HDV will be the
prefered format for low-budget future filmmakers.

 

Kita tidak boleh
membandingkan Cicakman (2006) dengan
produksi Hollywood kerana bajet mereka memang pukal dan teknologi yang
digunakan tercanggih dan terlalu ke depan. Namun dengan mengambil kira bajet RM
2 juta untuk Cicakman (2006) kita
seharusnya boleh berbangga kerana finishing
filem ini kelihatan seperti filem berbajet RM 10 juta (Roslen Fadzil, 24
September 2006). Penggunaan format video HD memberi gambaran bahawa aplikasi
dan teknik CGI yang digunakan untuk filem Cicakman
(2006) turut berjaya walaupun berbajet rendah.

CGI berjaya diaplikasikan oleh Yusry untuk lebih 500 shots dalam Cicakman yang turut menggunakan kamera High Definition (HD).

Shot
on true HD, and the entensive use
of CGI ,including 40% of content shot
on green screen. Cicakman promises the viewers a unique and memorable film.

(www.cicakman.com)

 

Selepas beres
penggambaran selama 35 hari tahun lalu, Cicakman
kemudian diselitkan dengan special
effects,
penataan skor muzik dan dan kesan bunyi (sentuhan Edry KRU).

The
elaborate production of the movie featured the involvement of a whole
compendium of production components, including Motion Control, Costume design,
stunts and rigging, scenic painting, set design, and host of other eye-opening
elements, as well as 3D animation, compositing and a rousing music score.

  (www.cicakman.com)

 

Dari sini filem itu
dibawa ke Siam Development Studio di
Bangkok bagi menjalani proses colour
grading
serta penataan bunyi Dolby
Surround 5.1
, selain proses Kine
Transfer
iaitu satu proses di mana format HD dipindahkan kepada filem
(Roslen Fadzil, 24 September 2006).

Secara kesimpulannya, penghasilan filem Cicakman (2006) yang menggunakan 90% teknik CGI dilihat sebagai
pembaharuan yang berlaku dalam industri
perfileman Malaysia. Percubaan berani daripada Yusry KRU dilihat berjaya dan
beliau merealisasikan filem aksi komedi superhero
dengan identiti sendiri walaupun pembikinannya ada persamaan dengan filem-filem
Barat seperti Spiderman, Batman dan Superman. Pengisian teknik CGI ini
secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa Sinema Malaysia mengalami pembaharuan
dengan aplikasi teknologi berkomputer serba canggih yang berupaya mengubah
wajah atau cara pembikinan sesebuah filem.

 

Rujukan

 

Roslen Fadzil. (2006).
Syabas Yusry, Cicakman Memang

Mantap! Bintang Popular
Berita Minggu.
24 September.

Shaner, P. & Everett
Jones, G. (2005). Digital Filmmaking

For Teens. Boston :
Thomson Course Technology PTR.

Wacana The Making Of dan Tayangan Promosi Filem
Cicakman.

(2006). Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA,

Shah Alam. 18 September.

www.cicakman.com

www.wikipedia.com

 

   

Antara Hak Melayu dan Bumiputera dengan Perjuangan Peribadi Anwar Ibrahim

September 2nd, 2008 by adibanas

&amp;amp;lt;!–
/* Font Definitions */
@font-face
{font-family:&amp;amp;quot;Arial Narrow&amp;amp;quot;;
panose-1:2 11 5 6 2 2 2 3 2 4;
mso-font-charset:0;
mso-generic-font-family:swiss;
mso-font-pitch:variable;
mso-font-signature:647 0 0 0 159 0;}
/* Style Definitions */
p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal
{mso-style-parent:&amp;amp;quot;&amp;amp;quot;;
margin:0in;
margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:12.0pt;
font-family:&amp;amp;quot;Times New Roman&amp;amp;quot;;
mso-fareast-font-family:&amp;amp;quot;Times New Roman&amp;amp;quot;;}
p
{mso-margin-top-alt:auto;
margin-right:0in;
mso-margin-bottom-alt:auto;
margin-left:0in;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:12.0pt;
font-family:&amp;amp;quot;Times New Roman&amp;amp;quot;;
mso-fareast-font-family:&amp;amp;quot;Times New Roman&amp;amp;quot;;}
@page Section1
{size:8.5in 11.0in;
margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in;
mso-header-margin:.5in;
mso-footer-margin:.5in;
mso-paper-source:0;}
div.Section1
{page:Section1;}
–&amp;amp;gt;

Antara
Hak Melayu dan Bumiputera dengan Perjuangan Peribadi Anwar Ibrahim

 

Oleh
Mohd Adib Anas Md Noor

 

Anwar Ibrahim bukannlah calon yang sesuai untuk memimpin negara pada ketika
ini kerana Anwar Ibrahim adalah boneka yang diperan oleh bakal-bakal penjajah. Anwar
Ibrahim memang petah berkata-kata. Kepetahan berucap dengan bekerja adalah
tidak sama. Memang mudah untuk melafazkan sesuatu yang indah dan manis kepada
rakyat agar rakyat dibuai mimpi indah.

Anwar Ibrahim banyak memperjudikan hak-hak Bumiputra
semata-mata untuk medapatkan apa yang diinginkan. Adakah Anwar Ibrahim telah
terlupa bagaimana sejarah kemerdekaan Malaysia. Malaysia merdeka atas
persetujuan tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Mereka
turut memperakui dan bersetuju dengan hak Melayu dan Bumiputera pada waktu
mencapai kemerdekaan. Kini, mereka semua adalah rakyat Malaysia. Setelah  51 tahun Merdeka kenapa mereka masih pertikai
dan menuntut hak Melayu dan Bumiputera sedangkan mereka berjanji tidak akan menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan Keistimewaan Orang Melayu. Pertikaian ini bukan hanya dituntut
oleh Cina dan India malahan Melayu yang pentingkan perjuangan peribadi turut
mengiakan apa yang dituntut oleh mereka itu. Akta 153 relevan selamanya dan
jangan bermain api dengan isu ini. Kalau mereka sensitif dengan isu perkauman
yang melibatkan kaum mereka, jangan sesekali menjolok sarang tebuan dan
mempertikaikan apa yang telah termaktub.

Keputusan kemenangan Anwar Ibrahim amat membimbangkan memandangkan perkara yang diperjuangkan oleh PKR adalah mengenai keadilan
rakyat, maka ketuanan Melayu akan tercabar. Sudahlah UiTM dicadangkan untuk dibuka kepada bukan
Bumiputera. Selepas ini, entah apa lagi idea bernas yang akan dicadangkan.
Projek mega kandang babi itu pun sudah menggusarkan pelbagai pihak. Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa pemimpin PKR hanya recall apa yang pemimpin BN pernah suarakan. Sedar atau tidak, setiap recall yang hendak dibuat mestilah berpihak kepada apa yang logik dan masuk akal. Salah satu recall yang telah dilaksanakan dan mengguris perasaan ialah dengan meluluskan ternakan khinzir secara besar-besaran di negeri Selangor. Adakah ini recall yang terbaik?

PKR
pada dasarnya ditubuhkan adalah untuk membela Anwar seorang sahaja dan tidaklah segah keadilan yang dilaungkan. PKR hanya memperjuangkan supaya Anwar bebas dari tuduhan mahkamah. Bagaimanapun tujuan utama tidak berjaya
kerana Anwar telah didapati bersalah di mahkamah dan menyebabkan Anwar ditahan.

Banyak persoalan timbul, antaranya dari
manakah sumber kewangan PKR yang dilaporkan begitu banyak digunakan ketika
pilihanraya kecil ini mahupun pilihanraya umum Mac lalu. Memang menghairankan
parti yang hampir tekubur 5 tahun lalu boleh bersaing dari segi jumlah
peruntukkan kewangan untuk berkempen mengalahkan parti kerajaan. Apa lagi yang akan berlaku selepas ini? Keadaan semakin meruncing dan
merisaukan. Apakah kita memang menunggu Malaysia menjadi kacau bilau dan rakyatnya
kembali hidup dalam kesengsaraan? Kenapa ada Melayu yang sanggup korbankan kepentingan hak Melayu dan
Bumiputera demi perjuangan peribadi?

Apa
yang berlaku di Permatang Pauh dan Merdeka ke-51, anak bangsa kita sedang
membuat sejarah pada hari ini untuk menjadi pengajaran anak cucu kita masa
hadapan.

Nak
marah dah letih, nak nangis air mata dah kering, nak bersuara kita bukan siapa
pun. Apa yang terpenting ialah kesatuan Melayu perlu sedar dan bangun.

Bila Melayu hilang jati diri seorang Melayu…
lupa asal usul
lupa tanah tumpah darah
lupa akal budi
lupa jasa hati
hancur akan menyusul.

Bila Melayu tidak ingin memepertahankan hak sendiri
kata inginkan reformasi
rupanya menjerumus diri ke dalam api
menghancurkan tanah bumi sendiri bila kononnya hak saksama diperjuangkan.

Ketuanan Melayu tidak diinginkan
politik perkauman harus dipinggirkan
Siapa yang menghamburkan kata-kata perkauman?
Melalak dijalanan kononnya "Kami tidak diutamakan"?

Kami Orang Melayu
memang hak kami untuk bertuan di bumi ini !
Fikirkanlah siapa kami
kenapa kami harus terus ‘bertuan’ di bumi ini
kenapa kami harus diutamakan.

Bila United Malays National Organization dilupakan
UMNO jasanya dinafikan.

Sedarlah !

Merdekanya Melayu kerana UMNO
Bertuannya Melayu kerana UMNO
Berjayanya Melayu kerana UMNO

Adakah kita ingin kembali dijajah
merempat di bumi sendiri
dimainkan oleh sang ‘Kaca Mata’ besi
yang selalu melaungkan kata-kata demokrasi
rupanya sang "power obsession"
yang terangan mementing diri.

Melayu perlu bangun
tidak merempat memohon simpati
di tanah air sendiri
dan hilang harga diri.

Sedih bila Melayu mula hilang jati diri
termakan janji dibawah telunjuk sang ‘Kaca Mata’ besi.

Bangkitlah Melayu
Demi Agama…Bangsa…Negara

Sukalah
saya dengan ini memaparkan semula sumpah Melayu sebagai mengenang jasa Dato’
Onn sebagai pemimpin UMNO yang berjaya menyatukan umat MELAYU BERSATU.
Mudah-mudahan kita semua memperingati Sumpah Melayu ini dan bangkit berjuang
semula atas kebenaran demi AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU, NEGARA MALAYSA.

Termaktub
di Batu Pahat pada 8 Rabi’tul awal 1365 hb bersamaan 10 Februari 1946 Masihi..

Kami
umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki,
khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sesama sendiri.

Kami berjanji
akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam.

Kami juga akan bekerja kuat
untuk menyara diri dan keluarga kami.

Kami
bersedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan
terhormat

Kami
umat Melayu, Islam bersumpah setia untuk :

Mempertahankan
kepentingan dan hak Melayu

Mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu
Memperjuangkan iktisad dan pelajaran bangsa Melayu
Mempertahankan maruah negara supaya aman sejahtera

Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera bukan batu penghalang untuk melihat
Melayu maju tetapi hak keistimewaan ini adalah penting bagi menjamin ‘tuan yang
sebenar’ untuk tanahnya sendiri. Melayu kini, ramai cerdik pandai tetapi dalam
kecerdikan itu ada segelintir Melayu yang masih buta hati, tidak pandai berpolitik
serta sanggup menggadaikan hak kepentingan bangsa sendiri dengan menunjukkan
segala kelemahan dan kebodohan sendiri kepada orang lain. Ibarat nyamuk seekor, kelambu dibakar.

 

Nota :

Tulisan ini adalah
himpunan daripada pendapat umum melalui www.chedet.com yang telah disunting oleh saya.

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh P44 : Apa Ada Dengan Anwar Ibrahim ?

August 28th, 2008 by adibanas

Pilihan Raya Kecil Permatang
Pauh P44 : Apa Ada Dengan Anwar Ibrahim?

 Oleh Mohd Adib Anas Bin Md Noor

Umum telah ketahui bahawa calon PKR, Anwar Ibrahim (Datuk Seri) telah memenangi
Pilihanraya Kecil Permatang Pauh P44 dengan beroleh majoriti sebanyak 15,671
undi. Rupa-rupanya rakyat masih mahukan Anwar Ibrahim meneraju Permatang Pauh
seperti sebelumnya, sehinggakan sanggup menolak calon yang mewakili UMNO dalam
BN iaitu YB Datuk Arif Shah yang juga merupakan ADUN Seberang Jaya. Perasaan
kecewa yang teramat dirasai oleh ahli-ahli BN terutamanya ahli-ahli UMNO yang
berkerja keras siang dan malam dalam memastikan jentera BN beroleh kejayaan.
Tetapi, malangnya usaha itu ditolak oleh para pengundi yang majoritinya adalah
dikalangan bangsa Melayu. Di mana Melayu ketika ini? Tidak serikkah Melayu
Permatang Pauh apabila berada dibawah tapak kaki Kerajaan Negeri Pulau Pinang
yang diterajui oleh DAP selepas pilihanraya yang lalu? Inilah yang dikesalkan.
Saat negara tercinta akan menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke 51, majoriti Melayu
Permatang Pauh seolah-olah belum mahu Merdeka dan mahukan penindasan yang
berterusan berlaku ke atas bangsa Melayu.

Dengan kemenangan PKR pada malam 26 Ogos 2008
sudah cukup bagi majoriti Melayu Permatang Pauh berpesta sepanjang malam.
Ibarat "menang sorak, kampung tergadai", begitulah ungkapan yang
sesuai diungkapkan buat penyokong-penyokong PKR. Semangat juang untuk bangsa
Melayu telah luntur, ketuanan Melayu tidak terbela dan peradaban Melayu
dipersenda oleh kalangan Melayu Permatang Pauh yang mengundi PKR.

Penyokong dan pengundi PKR perlu ingat bahawa PKR
bukanlah sebuah parti Melayu yang boleh membela dan berjuang untuk bangsa
Melayu. PKR adalah parti campuran antara Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga
bangsa ini sebumbung dan sudah pasti memperjuangkan hak kesamaan antara kaum
bagi mendapat kata sepakat dalam politik yang diperan oleh Anwar Ibrahim bagi
memastikan misinya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tercapai. Perjuangan
yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim adalah perjuangan bersifat peribadi,
bermotifkan dendam. Demi memastikan rakyat menyokong penuh kepadanya, Anwar Ibrahim
sanggup menggadaikan apa sahaja termasuklah keistimewaan orang Melayu
sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Perjuangan Anwar
Ibrahim bukan perjuangan untuk anak-anak bangsa tetapi perjuangan Anwar Ibrahim
adalah perjuangan memecah belahkan umat Melayu yang beragama Islam semata-mata
untuk kecapi impian untuk menjadi Perdana Menteri. Di dalam parti yang
ditubuhkan oleh isterinya pada tahun 1999, jelas menunjukkan bahawa keterbukaan
parti tersebut menerima semua bangsa dibawah satu bumbung tanpa ada sebarang
parti komponen dibawahnya yang mewakili bangsa sesuatu kaum. Jadi, apa bezanya
PKR dengan DAP? Cuma PAS sahaja yang diwakili oleh Melayu. PKR dan DAP
bersengkol dalam membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menolak calon
PAS sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan berbanding dengan
calon PKR, calon PAS dari ADUN Permatang Pasir dilihat lebih layak untuk
menduduki kerusi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mempunyai dua kerusi
untuk jawatan itu.

Penyokong dan pengundi belum sedar akan perkara yang telah
berlaku ini. Walaupun BN ditolak di Pulau Pinang, rata-rata penyokong atau
pengundi Melayu yang lain lebih berharap kepada PAS kerana masih ada Melayu walaupun
ianya pembangkang. Senario ini belum dilihat dengan jelas oleh penyokong atau
pengundi fanatik di Permatang Pauh. PAS juga adalah salah satu parti di dalam
Pakatan Rakyat tetapi kenapa tiada kerusi TKM Pulau Pinang untuknya. Inilah
persoalan yang membelenggu difikiran.

 Melalui Pilihanraya Kecil Permatang Pauh P44,
banyak persoalan yang timbul. Antaranya ialah :

1. Kenapa
Anwar Ibrahim begitu taksub atau ‘tergila-gila’ untuk menjadi Perdana Menteri?

2. Siapakah
penaja untuk PKR sewaktu kempen pilihanraya berlangsung? Apakah dasar
perjuangan untuk bangsa Melayu di mata PKR? Dari mana datangnya wang saguhati
PKR untuk penyokong atau pengikut-pengikutnya yang berkerja sewaktu kempen dan
pilihanraya? SPR dikalangan pembangkang? Adakah wang ini datangnya dari AS atau
petualang-petualang lain? Sekiranya wang Anwar Ibrahim, tak kan Anwar sebegitu
kaya? Adakah rasuah diamal olehnya sewaktu dia dalam BN?

3. Sejauhmana
perjuangan Anwar Ibrahim untuk bangsa Melayu? PKR parti campuran, tidak mungkin
hak dan keistimewaan Melayu dibincangkan.

4. Kenapa
Anwar mengelak daripada mengangkat sumpah berikutan kes liwatnya?

5. Di
manakah semangat juang remaja dan kanak-kanak Melayu apabila sanggup mengibar
bendera-bendera DAP? Sedangkan DAP amat anti-Melayu dan mahukan keistimewaan
Melayu dibahagi sama rata dengan mereka di samping menolak Islam sebagai agama
rasmi negara.

6. Dalam
kerajaan yang akan dibentuk oleh Anwar Ibrahim pada 16 Sepetember 2008, TPM nya
adalah dari DAP. Apa akan terjadi sekiranya hayat Anwar tidak panjang? Siapakah
yang akan teraju negara?

7. Anwar
mendakwa 30 Ahli Parlimen BN akan lompat parti. Tidakkah Anwar terfikir,
bagaimana pula sekiranya Ahli Parlimen PKR dari kaum Cina dan India lompat
parti dan masuk DAP? Berapa kerat Melayu yang akan tinggal dalam PKR? 

 Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini,
Melayu akan ternganga dan akhirnya merintih di tanah tumpah darah sendiri.
Untuk Anwar Ibrahim, jangan sampai saudara digelar ‘Pengkhianat Bangsa’ atau ‘Tali
Barut’ suatu hari nanti. Kepada semua pembaca blogs ini, renung-renungkan dan
fikir-fikirkan perkara ini dan hayatilah bibit-bibit lirik ini :

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam

Kan

Lenyap
Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu

Kan

Gagah Di Nusantara (3x)

 Adakah ini kesudahan kita?

Filem di Televisyen

August 12th, 2008 by adibanas

Filem di Televisyen

Mohd Adib Anas bin Md Noor

 

 

Pengenalan

 

 

Mansor Ahmad Saman dalam
Mohamad Md. Yusoff (1993), menyatakan pendapatnya bahawa:

Televisyen
boleh kita gunakan untuk memancarkan dengan meluas budaya kita, cara hidup
kita, perkembangan dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat kita, sejarah
bangsa dan budaya kita, amnya dan ideal masyarakat kita dan daya cipta kreatif
masyarakat.

 

Stesyen televisyen
mempunyai hak dan kuasa untuk menetapkan rancangan dan program untuk penonton.
Di Malaysia, terdapat tujuh buah stesyen televisyen. Stesyen-stesyen televisyen
tempatan ialah Astro, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mempunyai dua
stesyen TV iaitu TV1 dan TV2, serta TV3, 8TV, NTV7 dan Channel 9 di bawah Media
Prima Berhad dan MiTV. Stesen-stesyen televisyen ini sentiasa bersaing untuk
mendapat jumlah penonton tertinggi untuk sesuatu program atau rancangan yang
disiarkan. Stesyen televisyen mempunyai slot tayangan filem sama ada tayangan
filem-filem tempatan mahupun antarabangsa.

Filem-filem yang
disiar atau ditayangkan di televisyen lebih menjurus kepada filem popular
(komersial) berbanding dengan filem seni (artistik)  dan stesyen televisyen pula meraih untung
daripada menyiarkan filem-filem berkenaan. Hal yang demikian amat membimbangkan
kerana ianya akan melemahkan pemikiran penonton dan seterusnya penonton
terdidik dengan satu budaya pemikiran ringan serta pemikiran mereka tidak
berkembang sekiranya filem-filem yang berunsurkan pemikiran atau ideologi
dipersembahkan kepada mereka.

 

 

Definisi

 

Filem
hanya merupakan bahantara seni gambar bergerak yang sekadar memapar luaran
sahaja.

(Adman Salleh, 2004)

 

Filem adalah
sebuah medium komunikasi yang menterjemahkan skrip (naratif) kepada bentuk
visual dengan harapan mendidik masyarakat melalui imej, persoalan dan mesej-mesej
yang terkandung dalam sesebuah filem. Melalui filem, komunikasi akan terjalin
antara penonton dengan visual yang diterjemahkan oleh pengarah filem ke layar
kerana ianya adalah sebuah medium yang menterjemahkan idea komunikasi. Apabila
penonton mulai faham akan mesej yang disampaikan, maka komunikasi antara
penonton dengan visual akan terjalin. Menonton filem adalah budaya hiburan yang
popular. Penonton tidak perlu ke pawagam semata-mata untuk menonton filem.
Kini, penonton boleh menikmati atau menonton sesebuah filem melalui
medium-medium penyampai yang lain seperti televisyen, pita video, cakera padat
(VCD) atau DVD di rumah.

Para sarjana
mendefinisikan filem sebagai sebuah medium komunikasi yang menterjemahkan
visual merangkumi bahasa (dialog) dengan perbuatan, pergerakan dan ekspresi.
Visual yang diimejkan secara tidak langsung akan menggantikan bahasa (dialog)
dengan perlakuan atau perbuatan. Dalam kata lain, filem adalah pergerakan imej
yang terbentuk pada skrin atau layar seluloid melalui bantuan projektor (Ron
Johnson dan Jan Bon, 1986). Filem adalah sebuah medium yang menghubungkan
komunikasi antara pembikin filem dengan penonton. Apabila penonton menonton
filem secara tidak langsung mereka akan mendapat input melalui imej dan mesej-mesej
yang disampaikan melalui layar. Filem juga dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
filem arus perdana (cereka), filem dokumentari dan filem animasi. Filem arus
perdana adalah filem kegemaran dan pilihan ramai kerana ianya berunsurkan
hiburan.

Pentakrifan
filem dari segi naratif, filem dianggap sebagai seni rekaan. Filem, tidak
dirujuk sebagai bahan atau cara melakukannya. Perkataan filem itu sendiri sudah
menjadi generic term. Apa-apa cerita
yang divisualkan boleh dikategorikan sebagai filem sama ada untuk tayangan di
pawagam mahupun di televisyen kerana yang membezakannya ialah format teknik
rakaman. Perkataan filem ini boleh digunakan walaupun cerita itu dibikin atau
divisualkan melalui format video mahupun filem. Filem juga ditakrifkan sebagai
produk atau seni plastik yang dihasilkan melalui rakaman kerana melalui produk
filem pengkarya yang merujuk kepada karyawan memberi nama atau judul filem
untuk sesebuah drama cerita rekaan atau cereka (dramatic feature) (Prof. Dr. Hatta Azad Khan, 28 Mac 2006).
 

Mengkaji
psikologi manusia, sememangnya naluri manusia suka kepada perkara-perkara yang
menghiburkan dan meriangkan (A.Razak Mohaideen, 2004). Filem arus perdana dilihat sebagai filem yang
menepati citarasa penonton. Melalui filem arus perdana, penonton dapat memilih
jenis-jenis atau genre filem yang ingin ditonton. Terdapat pelbagai genre untuk
penerbitan sesebuah filem. Antaranya ialah genre horror, science fiction, drama, melodrama, noir, western, perang, epik, komedi, muzikal, pengembaraan, kung-fu, gangster dan fantasi (Ayu
Haswida Abu Bakar, Nota Kuliah, 31 Disember 2003). Kadang-kala penerbit atau
pengarah akan menggabungkan beberapa genre bagi mempelbagaikan kisah dan
tragedi dalam filem. Maka, terciptalah sub-genre
filem seperti genre komedi romantik, naratif komedi, psiko seram, drama
muzikal dan banyak lagi.

 

 

Filem dan Televisyen Budaya Popular

 

Menonton filem dan televisyen adalah budaya popular. Filem dan
televisyen serta budaya popular adalah saling memerlukan. Budaya popular
memerlukan medium filem dan televisyen dalam mempopularkan sesebuah budaya pop
atau popular. Manakala, filem dan televisyen adalah medium penyampai budaya
popular kepada penonton dan masyarakat. Diana Kendall (2000) menyatakan bahawa
:

Popular culture consists of
activities, products and services that are assumed to appeal primarily to
members of the middle and working classes, including rock concerts, spectator
sports, movies and television soap operas and situation comedy.

 

Budaya pop atau popular
adalah budaya yang dicipta untuk tujuan perdagangan. Bagi mencapai sebaran ini,
filem dan televisyen adalah medium yang bertepatan dalam mencapai matlamat ini
supaya sampai kepada semua lapisan masyarakat. Mohamad Md. Yusoff (1993)
menyatakan bahawa salah satu ciri utama budaya popular ialah sifatnya yang
mempunyai penonton yang pelbagai dan berada di merata tempat dengan cara hidup,
kepercayaan dan citarasa yang berbeza. Budaya popular memerlukan televisyen
untuk menyampaikan mesejnya kepada masyarakat, begitu juga dengan televisyen
yang memerlukan bilangan penonton yang tinggi.

Dalam konteks ini, jelas menunjukkan bahawa filem di televisyen
berupaya menarik minat penonton untuk menonton. Stesyen televisyen juga
berupaya menarik ramai penonton untuk menonton filem-filem yang ditayangkan. Dengan
menyiarkan filem di televisyen, penonton secara tidak langsung akan menikmati
hiburan yang agak murah jika dibanding dengan harga tiket yang akan dibeli oleh
mereka untuk menonton filem di pawagam. Perkara ini secara tidak langsung akan
mengurangkan jumlah penonton menonton filem di pawagam. Penonton sudah pasti
akan memilih televisyen kerana ianya jauh lebih murah dan menjimatkan masa.
Filem di televisyen yang ditonton oleh mereka sekaligus memberi peluang kepada
mereka untuk tinggal di dalam rumah dan  berhibur bersama ahli keluarga dan berupaya
mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Fenomena ini akan mencetuskan sebuah budaya popular dikalangan
masyarakat. Budaya popular yang dimaksudkan bukan sahaja melibatkan pemaparan
budaya pop melalui visual yang ditayangkan malahan menonton filem di televisyen
sudah memberi cetusan budaya terhadap masyarakat. Jika tontonan filem melalui
televisyen sudah menjadi satu budaya terhadap masyarakat, stesyen televisyen
haruslah memainkan peranan terpenting dalam memilih filem-filem yang berkualiti
sejajar dengan budaya popular yang telah tercetus ini. Budaya popular yang
wujud mempunyai pro dan kontranya. Andainya populariti yang disandarkan maka
budaya tidak sihat akan menular dikalangan masyarakat dan jika kualiti yang
ditekankan maka penonton akan menikmati sebuah budaya yang akan mengubah cara
pemikiran, kepercayaan dan cara hidup yang membimbing ke arah masyarakat yang
berpendidikan dan penuh dengan unsur-unsur perpaduan dan pembangunan.

 

 

Masalah Kajian

 

Just as with everyday
interactions, watching

television has often been seen
as a routine, unproblematic, passive process: the meaning of programmes are
seen as given and obvious; the viewer is seen as passively receptive and
mindless. Again, this simplicity is illusory. In recent years, both
interpersonal and mediated communication have been increasingly recognised as
complex, rule-governed, constructive set of prosesses. People’s role in such
communications must be correspondingly understood as knowledgeable, skilled,
motivated, and diverse.

(Sonia Livingstone, 1998)

Televisyen adalah medium
komunikasi yang paling berkesan. Melalui televisyen, interaksi antara visual
dan penonton akan terjalin. Penonton akan mendapat maklumat, hiburan dan
pendidikan melalui medium ini. Situasi ini berlaku setiap hari kerana menonton
televisyen adalah rutin seharian yang tak dapat dipisahkan. Filem di televisyen
dianggap sebagai medium komunikasi yang bersifat sebagai penyampai kerana
berdasarkan kepada aspek komunikasi, filem adalah sebagai jendela dunia, filem
sebagai cerminan masyarakat dan pemaparan adat dan budaya.

Bagi memenuhi
permintaan, stesyen-stesyen televisyen sentiasa bersaing dalam usaha menarik
minat penonton untuk menonton rancangan atau program terbitan mereka. Dengan
menyediakan rancangan atau program yang menarik, secara tidak langsung stesyen
TV dapat menarik pandangan audien untuk memilih stesyen kegemaran mereka. Setelah
stesyen TV itu menjadi pilihan ramai, maka pihak stesyen TV pula mudah untuk
mendapat tajaan bagi rancangan atau program yang akan diterbitkan. Pulangan
yang diterima pula lumayan.

Berbalik kepada kajian terhadap Filem di Televisyen, ternyata filem-filem yang dipilih untuk
tontonan penonton di rumah adalah merupakan filem-filem yang mempunyai tarikan
yang tersendiri. Filem yang dimaksudkan bukan sahaja melibatkan filem-filem
yang sudah ditayangkan di pawagam tetapi juga filem yang dibikin dalam format
video khususnya untuk slot televisyen. Dalam hal ini, majoriti penonton mungkin
merasa keliru. Majoriti penonton hanya menganggap bahawa filem adalah untuk
tayangan di pawagam sahaja, filem yang ditayangkan di pawagam akan ditayangkan
di televisyen hanya selepas dua bulan ditayangkan sebagaimana yang dibuat oleh
Astro. Bagi stesyen-stesyen TV yang lain, filem akan ditayangkan di televisyen
hanya pada masa dan waktu tertentu seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan
perayaan-perayaan yang lain. Manakala, majoriti penonton menganggap bahawa cerita
dua jam yang ditayangkan di televisyen dipanggil drama TV dan bukannya filem.
Sedangkan cerita itu boleh dikategorikan sebagai filem. Yang membezakannya
ialah format atau bagaimana ianya dibikin.

Dalam permasalahan ini, perkara utama yang hendak diketengahkan
ialah soal pemilihan filem-filem untuk tayangan di televisyen. Tidak kira sama
ada filem itu adalah filem yang sudah ditayangkan di pawagam mahupun filem yang
dibuat khusus untuk slot televisyen. Pemilihan filem-filem yang telah
ditayangkan di pawagam adalah perlu dan filem-filem yang dibikin khusus untuk
slot TV juga perlu diambil perhatian. Filem di televisyen akan mempengaruhi
minda dan pemikiran penonton kerana filem adalah medium atau media yang
berpengaruh terhadap ransangan tertentu, sama ada dari segi kelakuan mahupun
pemikiran.

Segala visual
yang dipaparkan melalui filem di televisyen akan mencetuskan persepsi
masyarakat penonton terhadap apa yang diterima oleh mereka sewaktu menonton.
Penonton atau khalayak akan menafsir dan menginterprestasi visual yang dilihat
berdasarkan sikap, kepercayaan, pendapat dan motif. Perkara-perkara ini juga
akan mempengaruhi persepsi penonton yang membawa kepada penerimaan dan
penolakan terhadap sesebuah filem yang ditayangkan di televisyen (Coffey, A.,
1985). Filem juga mampu memberi impak yang besar terhadap ideologi, politik,
ekonomi dan sosial sesebuah bangsa dan negara.

Televisyen adalah alat komunikasi yang begitu penting lagi
berkesan kerana ianya berupaya menentukan ‘agenda harian’ untuk tatapan penonton
serta membentuk keperibadian nasional. Matlamat Jabatan Penyiaran Malaysia
ialah untuk memberikan hiburan, pendidikan dan maklumat kepada sasaran
penontonnya sambil berusaha mencapai cita-cita integrasi nasional, pembangunan
sosioekonomi dan menyemai serta memupuk nilai-nilai dan cara hidup yang sesuai. Persoalan juga timbul sama ada
televisyen Malaysia setakat ini sebagai
alat untuk menyebarkan budaya popular atau budaya tempatan (Mohamad Md. Yusoff,
1993).

Majoriti penonton masih menganggap bahawa televisyen sebagai
medium hiburan terpenting kepada mereka. Penonton merasakan bahawa televisyen
adalah teman sewaktu mereka keseorangan dan mengisi masa lapang yang terluang. Pemilihan
terhadap filem-filem yang berkualiti adalah penting untuk siaran televisyen
kerana ianya akan mengubah pemikiran dan persepsi penonton dan masyarakat,
secara tidak langsung ianya akan mengubah budaya berfikir. Sekiranya
filem-filem yang ditayangkan itu hanya bersandarkan kepada populariti (merujuk
kepada filem komersial), penonton diambang bahaya andainya tayangan filem-filem
sebegini berterusan. Penonton akan berterusan menganggap bahawa filem sebegitu
berupaya memberi hiburan dan terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat ini. Prof.
Dr. Hatta Azad Khan (28 Mac 2006) menyatakan pendapatnya bahawa :

Filem
yang buruk berjaya dan mendapat perhatian ramai kerana stesyen televisyen kerap
menyajikan filem-filem sebegitu di televisyen. Jadi, pemikiran masyarakat
penonton terutamanya masyarakat Melayu hanya setakat itu sahaja dan tidak boleh
melangkau jauh.

 

Sebagai medium
penyampai, filem di televisyen perlu melalui beberapa proses pemilihan dan
tapisan. Televisyen harus mempunyai standart
untuk memilih filem-filem ke televisyen. Sekiranya, sesebuah filem itu tidak
bagus, maka filem itu tidak seharusnya dipertontonkan di televisyen. Ini
kerana, filem di televisyen dianggap sebagai pengantar untuk membudayakan
pemikiran masyarakat terutamanya masyarakat Melayu (Prof. Dr. Hatta Azad Khan,
28 Mac 2006).

 

 

Hasil Kajian

 

Melihat senario
filem di televisyen sebagaimana yang telah ditayangkan atau disiarkan oleh
stesyen-stesyen TV di Malaysia, dilihat bahawa filem-filem yang ditayangkan di
slot televisyen seperti slot Cerekarama (TV3),
Teater Lagenda (TV2), Istimewa Bulan April (TV3), Pentas 1 (TV1) dan lain-lain adalah
lebih menjurus kepada cerita atau filem-filem komersial yang mampu menarik
audien atau penonton untuk menonton slot itu di televisyen. Filem-filem
sebegini sememangnya mendapat tempat dan perhatian penonton. Walaupun bermesej
tetapi mesej-mesej tersebut adalah mesej-mesej yang klise. Penonton pula hanya
tahu bergelak ketawa dengan apa yang ditonton, seolah-olah filem di televisyen
diibaratkan seperti bahan seni murah dan filem yang ditayangkan oleh
stesyen-stesyen TV tempatan hanya untuk tujuan itu.

Dalam hal ini,
stesyen TV memperolehi untung kerana slot yang ditayangkan itu adalah pilihan
majoriti penonton, tetapi dari segi aspek pemikiran, penonton menghadapi
senario atau keadaan yang parah untuk jangka masa yang panjang.

Menerbitkan
filem hanya atas tuntutan komersial semata-mata bagi kalangan pembikin filem
tempatan, akan dianggap satu tindakan yang tidak bijak. Sesuatu yang dianggap
terlalu berkiblat kepada kebendaan, dikhuatiri akan mengakibatkan nilai murni
turut terkorban.

(Adman Salleh, 2004)

 

Sekiranya filem di
televisyen tidak diterap dengan nilai pemikiran atau ideologi yang seimbang,
masyarakat penonton akan menghadapi permasalahan berfikir. Bagi penonton yang
cerdik dan mempunyai latar pendidikan yang tinggi, sudah pasti bahan yang
hendak ditonton itu adalah filem seni yang berkualiti dan kreatif. Tetapi,
golongan ini adalah minoriti. Bagi masyarakat penonton luar bandar dan
pedalaman, andainya filem-filem yang ditayangkan di televisyen itu tidak
berupaya menjana pemikiran dan budaya berfikir, maka mereka akan menghadapi
masalah dalam perkara ini.

Melalui
pengkajian Filem di Televisyen,
peranan stesyen TV dan penonton adalah penting dalam mengubah cara pemilihan
filem untuk tontonan. Filem-filem ringan atau tidak berkualiti diangkat dan
menjadi pilihan ramai adalah kerana karyawan filem dan pembiaya bersifat
memperolehi untung. Karyawan filem dan pembiaya yang dimaksudkan juga terus
bertakhta dihati penonton kerana penonton memberi sokongan terhadap filem-filem
sebegini serta lambakan filem-filem berkenaan di pasaran. Dalam perkara ini,
penonton tiada pilihan. Penonton yang bersikap memilih akan menonton filem dari
luar negara yang disifatkan oleh mereka sebagai filem berkualiti berbanding
dengan filem tempatan.

Karyawan
filem perlu ingat bahawa generasi masyarakat penonton sekarang didedahkan
dengan filem antarabangsa yang hebat mutunya. Penonton tempatan bukanlah boleh
disajikan dengan apa-apa sahaja mengikut resepi penerbit dan pengarah filem.

(Anis Sofia Azman, 2004)

 

Menyedari akan
hakikat ini, saya berpendapat bahawa sebelum mengubah pandangan atau pemikiran
penonton ke arah yang lebih agresif, pihak karyawan, pembiaya dan stesyen
televisyen tempatan adalah kumpulan pertama yang perlu mengubah cara pemikiran kerana
mereka mempunyai tanggungjawab sosial yang besar dalam menghasilkan karya yang
kreatif dan berkualiti.

Kreativiti
dalam penghasilan karya amatlah penting. Kreativiti dapat dihasilkan melalui
penyelidikan, dan itulah kejayaan sesebuah karya, memaparkan sesuatu yang belum
diketahui umum.

(Abd. Razak Abu Bakar,
2004)

Penghasilan visual atau
cerita yang berkualiti, kreatif atau yang mempunyai standart adalah berdasarkan kepada buah fikiran penulis skrip yang
menterjemahkan idea atau pemikirannya melalui skrip yang ditulis berdasarkan
kajian dan penyelidikan. Untuk penghasilan sesebuah filem sama ada untuk
tayangan pawagam atau televisyen, skrip adalah perkara utama yang perlu dititik
beratkan sebelum kerja-kerja memvisualkan skrip itu dibuat. Tapisan atau
suntingan skrip adalah perlu bagi melengkapkan sebuah cerita yang berkualiti.

Menonton filem
di televisyen adalah budaya masyarakat kini. Melalui medium ini, stesyen TV
perlu menghadkan, menapis dan menolak filem-filem yang rendah kualitinya.
Stesyen TV juga perlu memikirkan budaya yang bagaimana hendak mereka cernakan
atau terapkan kepada masyarakat penonton. Walaupun filem dianggap sebagai bahan
hiburan, filem tidak seharusnya dianggap berterusan sebagai bahan hiburan semata-mata,
tetapi filem perlu dianggap sebagai medium yang menyarankan perubahan,
pendidikan, sikap, pegangan atau falsafah, kritikan dan apresiasi. Setiap filem
yang dihasilkan sama ada untuk tayangan di pawagam atau slot TV adalah bersifat
hiburan tetapi hiburan yang dimaksudkan bukan sekadar hiburan gelak ketawa
semata-mata tetapi hiburan yang sarat dengan informasi. Jadi, dalam meletakkan
filem sebagai hiburan, persoalan yang timbul ialah hiburan yang bagaimana yang
hendak dipertontonkan kepada khalayak? Seratus peratus hiburan yang tidak
membawa apa-apa makna atau hiburan intelek.

 

Kesimpulan

 

Television may play a
restructuring role for viewer’s cognition. In other words, through their narrative
requirements for consistency, coherences, and redundancy, programmes may
organise people’s beliefs and frames of thinking in specific, robust, often
simplified ways, creating dichotomies and oppositions, forming association and
connotation, not previously used by the viewers.

(Livingstone, Sonia, 1998)

 

Televisyen adalah medium yang berpengaruh terhadap penonton.
Sebagai sebuah medium yang bersifat mempengaruhi, stesyen televisyen mestilah
memainkan peranan penting dalam menyajikan bentuk atau jenis filem melalui slot
yang disediakan. Stesyen TV juga tidak seharusnya tunduk terhadap tuntutan
komersial sahaja, tetapi perlu menilai semula filem-filem yang dipilih demi
memupuk budaya berfikir dan intelek dikalangan penonton tempatan. Masyarakat
Malaysia kurang membaca, jika sajian filem ‘sampah’ dipertontonkan maka
‘sampah’ juga yang dihasilkan melalui pemikiran masyarakat. Jadi, sebagai bahan
atau medium yang menyampaikan ideologi-ideologi tertentu stesyen TV mestilah
menyajikan filem-filem seni, kreatif dan tinggi nilai kualitinya agar mampu
mengubah persepsi, budaya berfikir dan tingkahlaku masyarakat penonton. Menurut
Mastura Muhammad (2005) :

Aktiviti
menonton tidak sekadar menonton sebaliknya membaca dan mengkritik.

 Filem di televisyen merupakan
salah satu proses menganjurkan penonton terhadap pandangan dan pendapat bagi
mengkritik dan menyatakan pandangan terhadap apa yang ditonton. Filem yang
perlu ditonton adalah filem yang memaparkan aspek propaganda, ideologi politik,
ekonomi, sosial, budaya, keagamaan dan kepercayaan sesebuah bangsa dan negara.
Aspek ini adalah perlu bagi memperluaskan proses berfikir di kalangan
masyarakat penonton kerana menurut Azim Syafi (2004), filem ialah cermin budaya
sesuatu bangsa yang membawa imej negara. Jadi, karyawan filem, pembiaya dan
stesyen TV tempatan hendaklah mengubah cara pemikiran dalam membikin atau
memilih filem  untuk televisyen yang
mempunyai mesej dan maklumat, pengajaran dan pembangunan minda masyarakat
kerana filem adalah lambang identiti nasional sesebuah negara. Halloran (1970)
dalam Livingstone, Sonia (1998) menyatakan bahawa :

Television may provide viewers
with ‘pictures of the world, the definitions of the situation and problems, the
explainations, alternative remedies and solutions’.

 

Sebagai satu budaya popular, menonton filem di televisyen perlu
dilihat dari sudut pandangan budaya. Filem di televisyen bukan sahaja untuk
mengaut keuntungan semata-mata tetapi melihat atau menonton filem itu sebagai
pemaparan sosial, ideologi dan sikap yang cuba disampaikan kepada penonton.

Rujukan

 

A. Razak Mohaideen. (2004). Industri
Filem Filem Kita :

Permasalahan dan Masa Depannya. Jurnal Skrin Malaysia Fakulti Seni
Persembahan Vol. 1
. Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

Abd. Razak Abu Bakar. Nota Editor : Kreativiti Dalam

Perfileman. Dewan Budaya. Mei 2004.

Adib Anas. Temuramah
Bersama Prof. Dr. Hatta Azad Khan.

28 Mac 2006.

Adman Salleh. Karya Sastera Ke Filem : Kelebihan dan

Permasalahannya. Dewan Budaya. Oktober 2004.

Anis Sofea Azman. Pakatan Strategik Karyawan Filem. Dewan

Budaya.
Disember 2004.

Ayu Haswida Abu Bakar. Nota
Kuliah : Teori Apresiasi Filem.

 31
Disember 2003.

Coffey, A. (1985). Understanding and Managing Organizational
Behaviour.
Illinois : Richard CO.

Johnson, Ron & Bone,
Jan. (1994). An Introduction to Film
Appreciation : Understanding the Film.
Lincolnwood : Natinol Text Book
Company.

Kendall, Diana. (2000). Sociology In Our Times : The

Essentials 2. United States
of America : Wadsworth

Thomson Learning.

Livingstone, Sonia.
(1998). Making Sense of Television :

The Psychology
of Audience Intepretation.
New

York :
Routledge.

Mastura Muhammad.
(2005). Audien :Konsep, Teori, Penggunaan

dan Kepuasan. Jurnal Skrin Malaysia Fakulti Seni Persembahan Vol. 2. Shah Alam :
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

Mohamad Md. Yusoff.
(1993). Media dan Masyarakat : Satu

Kumpulan Esei. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka

dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lampiran

 

 

Teks Temuramah Bersama Prof. Dr. Hatta Azad Khan

Oleh Adib Anas (28 Mac 2006)

 

Stesyen televisyen mempunyai slot filem. Stesyen TV juga
mempunyai filem khas untuk siaran TV tetapi tidak ditayangkan di pawagam.
Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) tidak hanya tapis filem Melayu, tetapi
tumpuan juga diberikan kepada mutu filem itu sendiri. Televisyen perlu ada standart untuk memilih filem ke
televisyen. Jika sesebuah filem itu tidak bagus, maka filem itu tidak perlu
untuk tontonan penonton. Walaupun, pihak stesyen TV hendak membantu syarikat
produksi filem, stesyen TV boleh berbuat demikian tetapi hanya dengan sekali
dan bukannya berulang kali. Perkara yang perlu diambil kira untuk tayangan
sesebuah filem di televisyen ialah mutu, kandungan dan lakonan.

Filem yang menang anugerah perlu ditayangkan ke TV. Ini kerana
filem-filem yang pernah memenangi anugerah dapat membudayakan pemikiran
masyarakat Melayu terutamanya. Filem yang buruk berjaya dan mendapat perhatian
ramai kerana stesyen televisyen kerap menyajikan filem-filem sebegitu di
televisyen. Jadi, pemikiran masyarakat penonton terutamanya masyarakat Melayu
hanya setakat itu sahaja dan tidak boleh melangkau jauh. Sekiranya, sesebuah
filem itu tidak bagus, maka filem itu tidak seharusnya dipertontonkan di
televisyen. Ini kerana, filem di televisyen dianggap sebagai pengantar untuk
membudayakan pemikiran masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Secara tidak
langsung ianya akan merosakkan fikiran orang Melayu melalui budaya yang
disebarkan melalui TV. Stesyen TV juga membudayakan filem yang rendah kualiti.

Filem dari segi
naratif, filem dianggap sebagai seni rekaan. Filem, tidak dirujuk sebagai bahan
atau cara melakukannya. Perkataan filem itu sendiri sudah menjadi generic term. Apa-apa cerita yang
divisualkan boleh dikategorikan sebagai filem sama ada untuk tayangan di
pawagam mahupun di televisyen kerana yang membezakannya ialah teknik rakaman.
Perkataan filem ini boleh digunakan walaupun cerita itu dibikin atau
divisualkan melalui format video mahupun filem. Filem juga ditakrifkan sebagai
produk atau seni plastik yang dihasilkan melalui rakaman kerana melalui produk
filem pengkarya yang merujuk kepada karyawan memberi nama atau judul filem
untuk sesebuah drama cerita rekaan atau cereka (dramatic feature). Filem adalah satu produk seni yang yang
bercerita hasil daripada rakaman.

Memartabatkan Perpaduan Melayu Dari Konteks Kesenian dan Kebudayaan

August 12th, 2008 by adibanas

Memartabatkan Perpaduan Melayu Dari Konteks

Kesenian dan Kebudayaan

Mohd Adib Anas Bin Md Noor

 

Mukadimah

Salah satu daripada
tujuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ditubuhkan ialah untuk
menjaga dan memartabatkan kesucian agama Islam, kesenian dan kebudayaan Melayu.
Perkara atau tujuan ini secara rasminya termaktub di dalam Perlembagaan
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (Bahagian 5.5.3). Timbulnya perkara atau
tujuan untuk menjaga dan memartabatkan kesucian agama Islam, kesenian dan
kebudayaan Melayu ini adalah kerana Pertubuhan atau GPMS sedar bahawa perkara
atau tujuan ini dapat menyatukan dan meningkatkan darjat bangsa Melayu.

Kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia Ke Sembilan
(2006-2010), memperakui bahawa peranan budaya dan seni mampu menyumbang ke arah
membangun individu secara total, mempererat perpaduan serta mempertingkatkan
kualiti hidup melalui penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti kesenian
dan kebudayaan, malah turut mewujudkan kesedaran dan penghayatan yang lebih
baik terhadap kekayaan warisan budaya negara.

 

Definisi

Kamus Dewan
Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan perpaduan sebagai
penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan, dan perihal berpadu (bergabung
menjadi satu, sepakat dan lain-lain), persatuan, manakala keutuhan bermaksud
perihal (sifat,keadaan) utuh.

Perkataan
perpaduan menurut Haji Mohd Shahrir Haji Abdullah (http://www.islam.gov.my/erujukan/lihat.php?jakim=

482) berasal daripada
perkataan padu iaitu mampat, pejal dan padat. Perpaduan juga bermaksud
penggabungan. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Menurutnya lagi,
lawan bagi perpaduan ialah permusuhan, kehancuran dan perpecahan. Jadi,
perpaduan dari segi tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu makruf manakala perpecahan pula satu
perkara yang keji atau tidak baik iaitu mungkar.

Dalam pengertian yang lain, perpaduan bererti hubungan erat yang
bersifat toleransi bagi mencapai matlamat secara jujur dan ikhlas. Perpaduan
juga adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat bagi membentuk satu
identiti dan menanamkan perasaan cinta dan banggakan negara.

Perkataan Melayu menurut Van Der Tuuk bererti penyeberang.
Hollender menyatakan bahawa Melayu sama seperti pengembara. Melayu itu berasal
dari Negeri Persia yang dikenali sebagai Mahaluyah.
Perkataan Melayu diambil sempena nama pokok iaitu gaharu, kata Darus Ahmad. Begitulah
pendapat dan andaian para sarjana dan pengkaji mengenai perkataan dan asal-usul
Melayu. Perlembagaan Malaysia Fasa 110.89(6) merumuskan bahawa Melayu adalah
mereka yang berbangsa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan budaya Melayu.
Ditafsirkan juga bahawa sesiapa yang berketurunan Melayu tetapi tidak mengikut
nilai-nilai Melayu, mereka ini tidak tergolong sebagai bangsa Melayu (Nota
Kuliah Kesenian Melayu, 2001).

Kesenian adalah
sesuatu produk, pertunjukan atau persembahan, benda atau apa-apa yang berseni yang
memiliki ciri-ciri estetika, keindahan atau kecantikan. Kesenian lahir dari
sentuhan nuansa atau nurani yang mendalam. Ianya dihasilkan untuk meninggalkan
kesan kepada nurani orang lain. Seni daripada Ensiklopedia Indonesia menterjemahkan seni sebagai jelmaan rasa
indah yang terkandung dalam jiwa manusia, dilahirkan dengan perantaraan alat
komunikasi ke dalam bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera pendengaran
(seni suara), penglihatan (seni lukis) atau dilahirkan dengan perantaraan gerak
(seni tari atau drama) (Abdurrahman Al-Baghdadi, 2005).

Budaya akan wujud dengan adanya kelompok bangsa atau kaum.
Kebudayaan tercetus apabila budaya sesuatu bangsa itu mempunyai nilai peradaban
yang tinggi dalam sesuatu tamadun. Dalam kebudayaan terdapat empat komponen
penting iaitu fikiran atau idea
(contoh : falsafah, mitos, lagenda, sastera, kepercayaan, bahasa dan
lain-lain), kebendaan (contoh : seni
bina, perkakasan, teknologi, perubatan dan lain-lain), kesenian (contoh : seni lakon, tarian, nyanyian, seni visual,
lukisan dan lain-lain), nilai dan norma
(contoh : undang-undang, adat resam, perlakuan, kesopanan dan kesantunan,
nilai-nilai keagamaan, pantang larang dan lain-lain). 

 

Perpaduan Melayu

 Perpaduan antara
Melayu dengan Melayu adalah penting dalam mencapai kesepakatan dan kesatuan
bangsa yang disegani. Perlunya perpaduan antara Melayu dengan Melayu adalah kerana
keteguhan bangsa Melayu membolehkan Melayu maju dalam pelbagai lapangan
disamping menikmati kehidupan aman dan bebas daripada ketakutan.

Perpaduan bukan sesuatu yang sukar untuk digapai. Perpaduan
Melayu boleh dicapai melalui kesenian dan kebudayaan. Bangsa Melayu yang
inovatif dan kreatif mampu untuk mengeratkan perpaduan yang utuh disamping
menjadi bangsa yang berbudaya tahan dan
mempunyai moral awam yang yang teguh. Akan tetapi, bagi mencapai perpaduan ini
bangsa Melayu tidak terlepas daripada rintangan dan halangan. Rintangan dan
halangan ini ada yang berpunca dari Melayu itu sendiri dan tidak kurang juga
yang datang dari luar.

Sifat sombong adalah sifat yang perlu dikikis oleh bangsa
Melayu. Sifat ini adalah penghalang utama seseorang untuk menerima pendapat
atau buah fikiran orang lain dan ianya mendorong ke arah keretakan dan
perpecahan. Selain itu, Melayu perlu buang sikap menyebarkan hal atau keburukan
orang lain. Perbuatan ini akan menggagalkan perpaduan. Sesungguhnya tidak ada
sesiapa pun yang mahu keburukan atau masalah yang dihadapi dicanang atau
disebar kepada khalayak umum.

Bagi mencapai perpaduan bangsa Melayu yang utuh, Melayu perlulah
berpegang teguh kepada agama, mengamalkan nilai-nilai murni, memelihara dan
menjaga maruah diri, bertatasusila dan berdisiplin, bersatu padu dan
bertoleransi, prihatin, dan cintakan keamanan dan pendamaian.

Perpaduan bangsa Melayu akan terbentuk dengan adanya kesedaran.
Apabila Melayu mulai sedar, segala pembentukan dan perlasanaan pelbagai agenda
Melayu mudah digerak dan dirancang. Ini kerana kesedaran akan membawa kepada
usaha yang bersungguh-sungguh dalam mencapai objektif strategi, matlamat,
program dan aktiviti.


Kesenian dan Kebudayaan Mengeratkan Perpaduan

 Apabila
menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian
dan kebudayaan adalah cabang yang membawa kepada hiburan. Pemikiran
konvensional sebegini menghalang kita daripada meneroka kesenian dan kebudayaan
Melayu dengan lebih mendalam lagi, sedangkan sedar atau tidak pemikiran ini
telah membuatkan Melayu kian lupa akan kesenian dan kebudayaan bangsa sendiri.

Kesenian dan kebudayaan mendapat atau menghadapi kekangan kerana
apabila menyentuh soal Melayu, secara automatiknya atau majoritinya adalah
beragama Islam. Apabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, persoalan yang
timbul ialah adakah Islam mengharamkan kesenian dan kebudayaan secara total? Prof.
Dr. Yusuf Al-Qardhawi (2005) dalam tulisannya mengenai Seni dan Hiburan Dalam Islam menyatakan bahawa perkara-perkara yang
melibatkan seni dan budaya dibolehkan selagi perkara-perkara tersebut tidak
melalaikan dan tidak bertentang dengan tuntutan agama Islam. Katanya lagi, seni
dan budaya akan mengurangi keimanan dan memasukkan seseorang ke lembah
kelalaian dan seterusnya menjadi haram adalah disebabkan oleh sikap manusia itu
sendiri yang berlebih-lebihan sewaktu menikmati keindahan sehingga menyebabkan
kenikmatan yang dinikmati itu bertentangan dengan tuntutan Islam.

“‘Sesungguhnya
Allah itu indah dan mencintai keindahan’ Inilah prinsip yang diajarkan oleh
Nabi Muhammad S.A.W kepada sahabatnya.”

(Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, 2005)

 

 Imam Al-Ghazali
dalam ulasannya yang dipetik daripada kitab Ihya’
menyatakan bahawa Allah mengurniakan manusia akal dan pancaindera di mana
tiap-tiap pancaindera itu ingin menikmati sesuatu yang menurut naluri
masing-masing. Umpamanya pelihat (penonton atau khalayak), ingin menikmati
sesuatu yang cantik, pendengar pula ingin mendengar suara yang merdu dan
berirama. Jadi tidaklah diterima akal bahawa semua perkara yang melibatkan kesenian
dan kebudayaan dilarang Allah kerana Allah telah menjadikan pancaindera untuk
tidak digunakan sewenang-wenangnya. Ianya hendaklah dikawal dan disalurkan
kepada jalan yang baik (Prof. H.M Toha Yahya Omar M.A, 2002).

Islam juga tidak
menolak bahawa persembahan kesenian dan kebudayaan ada yang bersifat
kemasyarakatan. Persembahan sebegini melambangkan kekuatan kerjasama kelompok
dan perwujudan saling hormat-menghormati, sesuai dengan tradisi masyarakat
tersebut. Kesenian dan kebudayaan yang dipersembahkan merupakan ekspresi suatu
gagasan, emosi dan kisah (Abdurrahman Al-Baghdadi, 2005).

Menyentuh perpaduan
Melayu melalui kesenian dan kebudayaan, dilihat bahawa program atau upacara
yang berkait rapat dengan kesenian dan kebudayaan mampu mewujudkan persefahaman
dan kekuatan kerjasama sesama kita. Kesenian dan kebudayaan masyarakat atau
bangsa Melayu bukan sahaja tinggi nilai estetikanya dalam seni drama tari
sahaja (merujuk kepada persembahan Mak Yong yang merupakan seni budaya yang
originalitinya dari Malaysia) malahan keindahannya juga dapat dilihat melalui seni tari, seni suara, lukisan,
seni hiasan dan fesyen, dan filem Melayu dan sebagainya.

Kesemua kesenian
dan kebudayaan yang disebutkan di atas sememangnya mampu memperkukuhkan
perpaduan bangsa Melayu sekiranya penglibatan secara serius dan
bersungguh-sungguh melalui medium ini dilakukan. Ini kerana, aktiviti-aktiviti
dan program-program yang melibatkan kesenian dan kebudayaan memerlukan
penglibatan lebih daripada seorang bagi menjayakan. Dengan penglibatan
menjayakan aktiviti-aktiviti dan program-program sebegini bangsa Melayu akan
lebih bersatu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Penglibatan
dalam aktiviti-aktiviti dan program-program sebegini secara tidak langsung akan
menganjurkan perpaduan bangsa kita melalui aktiviti bergotong-royong, bertukar-tukar
pendapat atau idea serta persefahaman dan persepakatan. Sesuatu pertunjukkan
atau persembahan kesenian dan kebudayaan akan berjaya dengan adanya sifat-sifat
yang dinyatakan. Jadi, jelaslah bahawa penganjuran aktiviti-aktiviti dan
program-program sebegini mampu memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian.

“Kita perlu ada identiti sendiri untuk masyarakat dunia
mengenali kita”
, begitulah teguran yang disuarakan oleh Mufti Perlis,
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang mengingatkan karyawan filem tempatan untuk
supaya tidak menghasilkan karya yang bercanggah dengan agama walaupun sesuatu
filem itu tidak semestinya mempromosikan agama (Akmal Abdullah, 12 Jun 2008).
Dr. Asri juga mahukan imej filem Melayu seharusnya mempunyai pemikiran yang
besar, berbangga dengan jati diri bangsa sendiri dan lebih penting mempunyai
ciri kebudayaan dan jiwa sebagai orang Melayu yang berpegang kepada nilai norma
dan jati diri Malaysia.

Bangsa Malaysia
ialah pelbagai kaum yang diterajui dengan kebudayaan Melayu dan kita perlu
berkongsi budaya bagi mempamerkan jati diri kita yang sebenar. Untuk maksud
filem Melayu, ia menyentuh mengenai pembikinan filem yang bercakap mengenai
sikap, keperibadian, peradaban, jiwa dan cara Melayu berfikir. Melalui filem,
umat Melayu patut berbangga kerana Dasar Perfileman Negara meletakkan Bahasa
Melayu sebagai imej filem Malaysia. Di sinilah kejayaan bangsa Melayu sekiranya
perpaduan antara kita sentiasa erat dan kukuh.

 

Kesimpulan

 Sesungguhnya perpaduan
adalah penting bagi bangsa Melayu kerana melalui perpaduan ianya boleh menentukan
kejayaan umat dan negara. Maka melalui kesedaran ini, kita hendaklah sentiasa
memupuk kesedaran bangsa kita supaya menghargai nilai perpaduan serta berusaha
untuk memelihara dan memperelokkannya. Kita juga mesti sentiasa mengingatkan
bangsa kita supaya menjauhi dan mengelak daripada gejala-gejala yang boleh
mencemarkan maruah bangsa dan berpecah-belah serta bermusuhan sesama kita.

Perpaduan Melayu
melalui kesenian dan kebudayaan bukan sahaja mampu untuk menyatupadukan Melayu
malah kesenian dan kebudayaan adalah satu bidang yang profesional yang dapat
menyumbang ke arah menjana pendapatan negara sekiranya kita amat
bersungguh-sungguh dan ikhlas memperjuangkan perpaduan melalui kesenian dan
kebudayaan bangsa kita sendiri.

Oleh itu, bangsa
Melayu perlulah sedar dan berusaha dengan gigih serta teratur dalam
memartabatkan perpaduan yang dikecapi pada hari ini terpelihara selamanya
malahan lebih baik daripada apa yang dicapai pada hari ini.

Rujukan

Abdurrahman Al-Baghdadi.
(2005). Seni Dalam Islam : Vokal,

Muzik dan Tari. Semenyih : Synergymate
Sdn. Bhd.

Adib Anas. Nota Kuliah Kesenian Melayu. 2002.

Akmal Abdullah. (2008,
12 Jun). Mufti Perlis Hentam

Karyawan Filem
Melayu. Berita Harian.

http://www.islam.gov.my/erujukan/lihat.php?jakim=482 

Kamus Dewan Edisi
Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Perlembagaan Gabungan
Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Kuala Lumpur :
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Prof. Dr. Yusuf
Al-Qardhawi. (2005). Seni dan Hiburan
Dalam

Islam. Kuala Lumpur :
Al-Hidayah Publishers.

Prof. H.M Toha Yahya
Omar M.A. (2002). Haramkah Muzik,

Menyanyi dan
Menari : Suatu Analisis ‘Hukum Seni

Muzik, Seni Suara dan Seni Tari Menurut Islam’.

Semenyih :
Synergymate Sdn. Bhd.


Notes  :
Kertas kerja ini telah dibentang sewaktu KONVENSYEN PERPADUAN MELAYU PULAU PINANG 2008 pada 2 Ogos 2008 di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.